Monday, April 27, 2009

Kini ku kembali!!

"Kembalilah syg, kembali padaku, ku dahaga kasih sayangmu.." MUNGKINKAH LAGU NIH YG SERING RUMAH KU NYANYIKAN KRN MERINDUI TUANNYA? haha!! mungkin juga krn lebih kurang 2 minggu aku meninggalkanya kesepian.. tp kini aku telah kembali!!! wahai rmhku usahlah kau bermuram durja, kini aku kembali menghiasi serimu.. (ayat2 yg kdg memualkan) hehe..

Sebenarnya, sudah 2 minggu aku n suami tak dok rmh sendiri krn menemankan keluarga suami. So, hr ni tamat lah tempoh perpindahan kami buat sementara waktu. sedih jgk nak tinggalkan rmh mentua, yela dah 2 minggu makan tersaji, pakaian terjaga. hehe.. yg paling best sblm pegi keje siap dah ada breakfast lg, bila blik plk dh ada hidangan tersaji, baik sungguh hati IBU MERTUAKU. "terima kasih mak" moga Allah akan membalas jasa baiknya.

kdang2 tu rs berslah jgk, kerana hny menantunya yg sorang ni, mak mertuaku terpaksa b'susah payah buat itu dan ini. Apa pun I LOVE MY MOTHER IN LAW FOREVER... tp ini bkn versi cite P.ramlee yg cucuk mata ngan garpu tau gara2 ibu mertua. ini versi IBU MERTUA MODEN. (jgn jelous dgr cite aku nih, hanya menantu yg bertuah dpt mcm nih. hehe.. mcm poyo je)


Ini lah ibu mertuaku (duduk sebelah kanan) bersama ibunya yg tercinta.


Bila blik rmh sendiri, maka aku memulakan aktvti biasa yg dah lama ku tinggalkan. Menyapu habuk, mop satu rmah, lap perabot, siram bunga, cuci toilet.. huh! penatnya.. semuanya aku buat dgn hati yg ikhlas barulah rumahtangga aman dan damai. Wah! mcm ustazah bahyah bg tips utk keharmonian rmhtagga je. hehe.. sekali sekala..

Emmm.. nampaknya Wahid kat sebelah ni dah bg alunan muzik yg merdu dan penuh irama lg.. kejap bunyi mcm ketapi, jap mcm bunyi kapal laut nak berlepas.. hehe.. pndai jgk dia buat irama tak yah msuk kelas muzik. Tp apa yg penting dia tetap comel dlm apa jua keadaan . Lgi2 masa tido, mcm baby yg montel.. siap pakai setokin lgi. hehe.. Seblum alunan tuh bertambah kuat, mata dah berat, idea dah kontang, aku cau cin cau dulu lah erk.. jam pun dah menunjkkan 12.15 pagi.. Zzz..Zzz...

Sunday, April 26, 2009

Hujung Minggu Yg Menggembirakan....

Hehe... ;) aku mulakan entry nih dgn senyuman yg paling manis sbb aku rs hari ni paling best. Korg pun kena senyum jgk krn senyuman itu 1 sedekah. . Hujung2 minggu mcm nih bnyk benda yg dah berlaku, so aku akan cerita satu persatu...

CERITA 1 - FAMILY KAT KAMPUNG DTG, YAHOO!!!

Haha!!! sbg anak yg dok dperantauan, inilah saat2 yg aku tunggu2. mak, abah, nenek, k'long n anak2 dtg ke sini. actually, dorg dtg ke rmh kak su yg dok kat puchong tu, tp sbg anak yg mithali dan rindukan ahli keluarganya aku terus menjengah ke sna utk mlpskan rindu. Mcm biasa, aktvt bersembg la yg paling best smpi tak ingat dunia, mcm setahun tak jumpa. hehe.. lg best mak telah membawakkan nasi impit dan kuah kacang utk ktorg, "that is my favourite food". apalagi melantak la, wlupn rs2 ms tu dh kenyg.. thanks mum! krn memahami anknye yg kuat makan nih!! hehe...

CERITA 2 - BOLA OH BOLA!

Jeng2.. cite ni lgi best, bila musim bola kembali kepangkuan peminatnye, org yg paling tak senang duduk adalah suamiku "WAHID". dlm hidupnye takde benda yg paling best selain "FOOTBALL GAME (FBG)". Klu sehari tak tengok football game, rsnye mau pengsan kot! tak cukup "charging". hehe.. kadang2 tu, klu tgh tgk FBG tak ingat dah kita kat sebelah nih mcm tunggul tk bernyawa je. huuhuuu.. tp sbg isteri yg memahami takpe lah, kasi chance!

nak djadikan cite, mlm td kan Perlawanan akhir Piala FA. Selangor lwn Kelantan. wah! bkn main lg semangatnye mengalahkan ahli psukan dan jurulatihnya.. yg kelakarnya, bila pasukan kelantan dah mendahului 1-0, ada org tuh mcm nak nangis tak cukup airmata, tak blh senyum dah, kita buat lwk pun dah tak pandg punya la sedih.. Bapa mertuanye siap bagi kata semangat lagi.. "HID, SELANGOR MESTI MENANG PUNYA".. agknya kesian tgk menantunye yg dh bermuram durja tuh. hehe..

tup! tup bila pasukan selangor plk berjya memboloskan bola ke gawang, dia punya melompat mcm tak ingat dia tu insan2 yg "COMEL". hehe.. Kasi GEGAR 1 rumah. tp sebanrnya aku pun turut serta dlm keggembiraaanya tuh! sj mls nak cite.. hehe.. nasib baik jugak selangor menang, klu tak.. tak sanggup aku melihat kekecewaannya.. SYABAS! BUAT PASUKAN SELANGOR.

CERITA 3 - KEPULANGAN YG DI NANTI

Setelah 2 minggu berada di Mekah menunaikan umrah, BAPA MERTUAKU telah kembali ke Malaysia dgn selamatnya. Alhamdullilah!!! Kami sekeluarga gembira dan bersykur dgn kepulangannya.. Moga2 lps ni giliran kami plk akan ke sana. AMINNN... dpaT ke ole2? hehe.. tentula ada, mcm2 ada.. yg paling best dpt JUBAH, siap selendang lgi. Lps ni blh la jd muslimah sejati. siap belajo cara pakai ngan adik ipar lagi. hehe... TERIMA KASIH ABAH!!!

P/s buat ms ini tiada sebarang gambar yg dpt dipublishkan dlm entry nih, SORRy ERK!

Friday, April 24, 2009

I miss u all..

Assalamualaikum.. mcm ada gaya ustzah bg salm tak? hehe... sj nk buat intro gempak mcm nih. aku nak mulakan entry nih dgn sebuah lagu nasyid ni. Moga ada insan2 yg insaf slps ini. (klu2 rs nak insaf laa..)

Teman Sejati - The Brothers

* Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini pada illahi
Teman yang dicari
Selama ini telah ku temui

** Dengannya disisi perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni
Kasih illahi

Kepadamu Allah ku panjangkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pergertian
Telah ku ungkapkan segala-galanya

(ulangi *)

Teman bersamalah kita
Semaikan persahabatan ini
Dengarkanlah dan teruskanlah
Perjuanganmu, pengorbanan dan kesetiaanmu

(ulangi **)

Kepadamu Allah ku pohon restu
Agar lita kekal bersatu
Kepadamu teman teruskan
Perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita

Nak tahu kenapa saya memilih lagu nasyid ni? (sila baca mengikut versi AMIR raja lawak 3) hehe.. nmpak sangat la aku ni peminat raja lawakkan.. ? kihkihkih.. (apalah kau ni adah, terbwk-bwk penceritaan raja lawak dlm blog). Layan jela klu korg rs kesian..

Sebenarnya aku pilh lagu2 ni utk teman2 kesayangan aku dil luar sana jauh dan dekat sbg tanda yg aku ni tak lupakan korang semua.. wlu di mana ku berada di laut, dilangit, dibintang kejora, diangkasa aku ttp membawa korg bersma termasuk didlm blog ni juga. hehe.. nilah yg dikatakan teman sejati.

Kwan dengan d'org nih mmg best, gile2 tp kadang skema jugak. hehe.. tp yg paling best d'org ni adalah kwn aku susah dan senang. Sepuluh sebab mengapa aku syg kat d'org nih :

1. baik,

2. ambil berat
3. pendorong semangat
4. boleh gi outing sama2
5. perangai gila2 dan suka merapu
6. tak lokek
7. blh layan sms aku
8. pendengar yg baik
9. pemurah
10. masih ingat aku. hehe..



Inilah kekwn yg dimaksudkan. Duduk dr kiri : imah, ijah, zimah, sera. Dpn dr kiri : aku le and tini. Yg sedihnye, sorang kwn baik ktorg xde dlm gambar ni. Bukan terpisah tp dia sibuk menjlnkn tgjwb sbg sorg jururawat yg berdedikasi. hehe.. tabik la kat u MORIDA!!!

Ktorg ni berkwn sejak dibangku sekolah menengah lgi, geng sama2 ambik spm dan stpm. yg duduk dpn ngan aku tu kwn sejak di sekolah rendah lagi. Hehe.. ngan dia ni la aku selalu outing. mula2 sama2 naik basikal, aku siap gelar dia rosman alwi versi pompuan lg. Pastu ada kemajuan ckit naik moto, skrg ni dah berkerjaya and berumahtangga, tak main la naik moto lagi.. naik kete la pulakk. hehe.. Hemmm sememangnye korang memang best! I miss u all..

Monday, April 20, 2009

Oh! jantungku....

Sejak 2, 3 menjak ni (mcm nabil rj lwk kt) aku ni asyik berdebar2 je, degupan jantung pun mcm luar biasa dr selalu. aku mula la dok terfikir yg bukan2. "sakit jantung ke aku ni?", darah tinggi ke rendah? alamak risaunye..... mcm ada something wrong somewhere la kat diri ni, so aku pun ajk la my hubby gi check doktor.. utk mengurangkan kerisauan yg tak tentu hala ni. Lama2 takut pengsan di tengah jln plk. Hehe..

Na! setelah diperiksa, doktor mengesahkan aku mempunyai tahp debaran melebihi paras maksimum 90. Wow! Terkojut aku . Doktor kata tekanan darah normal cuma aku mempunyai thp kerisauan yg tinggi yg boleh mybbkan jantung berdegup laju dan luar biasa.. Ptt la aku tak boleh tengok cite2 suspen, seram, buli membuli.. aku blh jd cemas semacam. Ni la simptom2 ketuaan agaknye. Hehe...

Doktor suggest aku minum susu utk lebih relax.. jgn fikir banyak sangat. Entah la, mcmana nk buat pun tak tau.. tP aku kena memikirkan sesuatu utk jantungku!

Sunday, April 19, 2009

Hujung minggu...

Selamat petang.. wah! Lama betul tak up date entry nih. Lately ni, busy betullll.. naik tension dibuatnye.. kertas ujian tak siap tanda lagi, dah kena hantar gi kursus 2 hari.. pastu bila blik, hah! ambik melambak keje tak siap.. mcm nak stress, rasa mcm tak cukup kaki tgn nak buat. Tp ttp selamba, buat relaxxxxxx.. (walhal mcm nak pengsan) Hehehe Emm.. berenti jap nak g sidai kain..

Ha! Sambg balik. Biasa la bila hujung minggu ni mcm2 benda nak dbuat.. Paling syok.. my hubby ajk g jln2 lm tak outing ngan dia.. yela dia pun busy je sejak2 sambung belaja ni. Kadang2 kesian jgk tengok dia, baru sebulan belaja dah exam. Mcm nak pengsan tengok dia study, mcm tak cukup buku dia nak baca. Sbg isteri yg memahami bg moral support je la “ abg kena kuatkan semangat, susah mcmana sekali pun kena teruskan..” Wah2!!! Bukan main lg bg nasihat. Hehee.. kelakarnye, bila habis je exam, sampai sekrg tk tengok buku dah.. tido mcm sthun tak tido, siap g tengok bola lg kat s.alam, wah! Relax btl nmpaknye..Hehe..

Tp kadang2 hujung minggu mcm ni boring jgk kalau dok rmh je.. klu ada anak2 blh la layan karenah dia. Ha! Ms tu dh tak boring dah kot, anak2 plk yg boring tgk maknye jd singa. Haha.. (berangan jela ko adah). Yg paling best menghabiskan ms hujung minggu di kampung. Kampung aku kat parit 2 timur sg besar. Bg aku takde tempat percutian yg paling best selain dr blik kmpung. Biasa la anak pesawah, klu sebulan tak kena angin sawah padi yg sepoi2 bahasa tu ataupun kadg2 tak reti bhs, mcm nak gila kt dok kat cni lama2.

Aktiviti pling best bila blik kmpung adalah menyembang ngan family smpi tak ingat dunia,lg2 kalu semua adik-beradik balik. Mcm2 nak diceritakan, kalau dh bersembg tu klu tak gelak Kah!Kah!!Keh!Keh! Kih!Kih.. tu bukan kami la, mcm nak runtuh rumah dibuatnya. Lgi2 kakak yg dok kat Puchong (kak su) tu, kalau bab bercerita, mengajuk org ckp ke, dia la ketuanya. hehe..

Aktiviti yg kedua best ialah menyakat anak buah le... Panggilan manja aku biasa la “ Mak Su”. Kalu lama tak blik mesti ada yg merindui maksunya yg cute nih ( hehe.. perasan cikit je). Kalu menyakat diorg nih kena pastikan sampai menangis,Ha!!ha! baru best. (Hehe jahat betul maksu nye nikan). Pastu buat spot check study room dorg plk, wah! Dpt bebel2 ckit, tegur apa yg patut..

Ha! Tu cite anak buah yg dah beso ckit ( ank k’long), ni yg si kecik lg best.. aku kemas, dia sepah, rasa mcm nak notan je buntut si kecik tiga org tu (ank k’su n abg). Tp dorg ni tak la lasak sgt, blh makn saman lg. Tp apa yg penting maksu syg kat korang semua.. (tetiba rindu plk kat diorg) HuH!!! Nak balikkkkkkkkk….

Senarai nama anak buah terkini mengikut urutan kelahiran:

1. Wan Azlin Zaheira (ank k’long) -ayin 13 tahun

- rajin, kdg2 mlas jgk, suka ketawa tp takde bunyi ( korang fikir la mcamana)

2. Muhammad Rif’at Zaki (ank abg) -e’ad 9 tahun

- lasak jgk, suka aktiviti memancing.. ( blik je, parit tepi rumah jd sasrannya)

3. Wan Amira Dayana (ank K’long) -mira 8 tahun

- lasak mcm lelaki, manja, suka buli kakak.. ( “kak, cucikan kasut sekolah aku..” )

4. Imran (ank k’su) -ahmad 5 tahun

- lasak, kecik dan comel, berjiwa besar..

5. Nur Zakiah Huda (ank abg) -uda 3 tahun

- bermata bulat dan sangat comel..

6. Ilyas (ank k’su) - e’yes 1 tahun

- lasak, comel.. chinese looked, suka buat perangai.. gerammmmnye..

7. Nur Aisyah (ank aku) -e’cah ( meninggal)

- comel seperti ayahnye, berambut lebat kehitaman.

Ha!! Ni la anak buah kesayangan aku dan wahid… Ko perasan tak? Kelahiran dorg ni berselang seli, perempuan n lelaki. Klau mengikut urutan sepupu sepapat dorg ni, lps ni mungkin lelaki pulakkkk. Ha!!ha!!Kt tengok sapa yg bersalin lps ni. Kita tunggu….

Ini la gambar anak2 buah kesayangan kami. Dlm gambar : mira, ayin , e'ad, ahmad n uda. Tiada dlm gambar : e'yes, ecah

Saturday, April 11, 2009

sad story... (15 Rabiulakhir)

Kisah bermula pd Oct 2007, aku gembira dan bersykur ke hadrat ilahi, apabila disahkan mengandung sekali lg slps keguguran pd Nov 2006. Seperti ibu2 lain aku mengalami alahan diawal kandungan. Namun demi anak yg ku nantikan ini aku sentiasa bersabar dan mengharapkan kehadirannya akan mengembirakan hidupku dan suami. Bulan demi bulan ku lalui dgn penuh keceriaan dan tidak sabar menanti kelahiran permata hati pertama aku dan suami. Tambahan pula doktor mengatakan kandungan ku tiada masalah dan anakku sihat. Alhamdulillah! Aku dan suami amat bersyukur dan menjaga kandungan ini bagai menatang minyak penuh kerana takut kejadian lalu berulang lagi.

Namun apabila usia kandungan mencecah usia enam bulan, perasaan gembira ku bertukar menjadi gundah gulana, "bagaimana sekiranya aku ditakdirkan akan berpantang sendirian? mungkinkah akan terjadi sesuatu pd anakku? bagaimana aku nanti, kuatkah aku?". Ah! entah kenapa persoalan ini sering bermain difikiranku. Perasaan ini ku pendam sendirian, krn suami selalu mengingatkan agar aku tidak memikirkan perkara yg bukan2. Sehingga pada 21 April 2008, aku dan suami pergi ke Hospital Bersalin Razif utk membuat tempahan awl. Namun hatiku berdebar2 bila kereta memasuki perkarangan hospital itu. Hatiku tertanya2 " kenapa dgn aku ni"? knp aku takut, walhal baru semalam doktor mengatakan bayiku tiada masalah cuma kedudukan bayiku yg melintang. Aku cuba memujuk diriku bahawa ini hanya mainan perasaan.

Namun, Allah itu maha berkuasa dr segalaNya apabila aku dan suami menerima satu berita yg amat mengejutkan di mana doktor mengesahkan jantung bayi ku telah terhenti semasa ujian scan dilakukan. Pada mulanya aku menganggap doktor mungkin tersilap namun apb 2 org doktor pakar mengesahkannya bagaikan batu besar yg menghempap kepala, aku terpana.. nafasku bagaikan terhenti, aku lemah diperbaringan.. Aku menangis semahu-mahunya. Suami, doktor dan jururawat pd ketika itu menyabarkan keadaanku. Aku tiada pilihan lain selain meredhai pemergiaannya.

Pada tanggal 15 Rabiulakhir ( 22 April 2008) , jam 4.55 ptg aku selamat melahirkannya secara normal walaupn bayiku dlm keadaan kaku dan longlai. Pada hr itu jg suami dan ahli keluarganya menguruskan pengebumian jenazah anakku "NUR AISYAH". Aku dan suami telah memilih nama itu bersesuaian dgn wajahnya yg comel dgn rambutnya yg lebat, iras2 wjh ayahnya. Hatiku menangis dan berkata sendirian "Aisyah, kita hanya sempat bersama selama 8 bulan shj, ibu tak sempat memeluk, mencium aisyah sepuas-puasnya.. nnt tunggu ibu dan ayah disyurga ye.." hanya itu yg mampu ku ungkapkan sewaktu ku mengiringi pemergiannya. Aku Pasrah! Aku cuma mengharapkan agar Tuhan akan memberikan aku kesabaran pada ketika itu.

Hari2 ku lalui dgn penuh kesedihan. Namun suami, ahli keluargaku, keluarga mentua dan kwan2 banyak memberikan ku semangat dan kekuatan. "Terima kasih semua".. tnp mereka mana mampu ku menerima kenyataan ini dgn hati yg tenang. Kini setahun sudah berlalu, namun kenangan manis bersama arwah ankku masih segar dlm ingatanku.. ku merasakan seolah2 ia masih berada dekat dgnku.. Aisyah, doakan kesejahteraan ibu dan ayh ye.. itulah kata2 yg sering ku ungkapkan bila terkenangkannya. Bila ku sedari, perasaan gundah gulana yg kurasai selama ini rupa2nya adalah petanda bhw aku akan kehilangan zuriat ku sekali lg.

Ini Inilah kisahku dan suami, mana mungkin kita dapat menolak takdir yg telah ditentukan, kita harus terima kenyataan dgn redha. Walaupun sehingga kini kami masih belum dikurniakan cahayamata lg, kami tetap terus berusaha dan berdoa agar Tuhan akan memberikan kami zuriat yg soleh dan solehah satu hari nanti. aminnn.. Ibu dan ayah SaYang "Ecah.." mmmuahh!!!

OuR slidEshow

Click to play this Smilebox slideshow: our sweets memories
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Make a Smilebox slideshow

Tuesday, April 7, 2009

Wahid's Family














Gambar ini di ambil sewaktu majlis
menyambut menantu di Batu Belah.

Belakang dr kiri : Wahid, abah, mak, i ler.. Adah.
Duduk dr kiri : Zuhri, Husna and Yati.

Adah's Family

Gambar ni diambil semasa bercuti di TM Resort PD.

Dari kiri : Kak yati (my sister in-law), sambil mendukung Huda, abang idi, yg comel2 2 i la.., kak long, abah, mak, nenek@makuk, imran yg dok berdukung, kak su, abang deen (my brother in-law).
Dpn : amira, e'ad, ayin.
Tiada dlm gambar : wahid, e'yes.