Friday, May 29, 2009

Cuti sekolah bermula...

Yes! Yes! Yes! Inilah saat2 yg dinantikan oleh guru2 di M'sia. hehe.. boleh enjoy! Esok bermula la agenda2 waktu cuti yg telah dirancang, terpaksa rancang dan kadang2 tak dirancang.

Agenda yg dirancang :
-Balik kampung Sg.Besar. O.. yg ini adalah agenda WAJIB yg tak boleh mis bila tiba cuti sekolah
-Bercuti di POrt Dikson bersama keluarga wahid. 2-4 Jun di glory beach resort. Yg pastinye best utk mencuci mata ditepi pantai bersma desiran ombak dan angin yg sepoi2 bahasa gitu.. akan terjadilah.. "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian.." Hehe..

Agenda terpaksa rancang :
-Membawa anak angkat m'cik nikah pd 31 mei ni disg jejawi, Perak.
-Pada 7 jun pula membawa pengantin utk mjlis persandingan.
-Pada minggu akhir cuti 14 jun pula, majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah m'cik di Meru,Klang.

emm.. penuh agenda setiap hujung minggu tp nak buat camne, kesian juga kat ank angkat m'cik tu sbb dia tiada keluarga disini (asal Mekah, Arab Saudi) so ktorang la yg bertgjwab utk menguruskan perkahwinannya. lagipun ktorg dah kenal lama, dah mcm sebahagian drpd ahli keluarga. Membantu org mendirikan masjid nih, beso pahalanye.. So, Org2 diluar sana, bantu2 la insan2 yg belum mendirikan masjidnye.. hehe..

Agenda yg tak dirancang :
Tunggu.... nama pun agenda yg tak dirancang so tak tau la apa yg akan berlaku.. Biasanye ini la yg paling byk trjadi. Hehee....

Sebelum mengakhiri penceritaan aku nih, ini ada sebuah lagu yg aku dan wahid suka dengar sejak 2 menjak nih. Asal naik kete je, pasti ktorg tertunggu2 la ni. hehe.. aku suka dgr melodi nye yg indah dan simple. Yg mana suka dgr lagu ni, blh la tumpang sekaki.. Lagu ape erk? ni la lagunye...

Friday, May 22, 2009

Kesibukan dtg lagi daa..

Apa kabo? lama tak dgr cite korang, korang rindu aku tak? hehehe..soaln mcm poyo je kan? mesti semua cbuk dgn keje2 yg tak habis2kan? mcm tu jgk le ngan aku. Skrg ni plk dah cbuk dgn aktvt2 menanda kertas pep. p'tghan tahun, Ehemmm... nila aktvt yg aku paling tak suka sbenarnya, menanda kertas yg berbagai2 jwpan. Tp aku suka jg klu dtg musim2 ujian bulanan @ exam ni sbb sekolah akan senyap spt dilanda garuda dan c'gu hny perlu goyang2 kaki msuk ke kelas tnp memikrkan aktvt pengajaran, selain menjga kelas smpi rs nak tetido..

Sori err.. kekwn aku x dpt cite pnjg2, nnt tak siap aktvt menanda aku tuh. Sbg pengakhiri penceritaan diptg yg singkat ini, aku nak tujukan lagu dibwh ni kpd kekwan dan pengunjung setia blog nih. ada ke? harp2 ada laa.. hehe.. Klu korang nak tau, nila lagu favourite aku, mcm pelik je kan? actually, aku ni adalah peminat lagu2 RETRO.. (yg tak brp minat harp2 dpt bersabar ye..) aku selalu suruh wahid nyanyi lagu ni bila pegi karoake.. suara DIA blh tahan jgk laaa.. sbb tu la syg kat dia. hehe..




Saturday, May 16, 2009

16 Mei.. hAri Yg PenuH MaKnA


Kepada semua ahli keluarga dan teman2 yg bergelar s'org guru, semoga kita akan menjadi seorang guruyg cemerlang, gemilang dan terbilang di mata anak2 didik kita..

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

nukilan
USMAN AWANG1979









Saturday, May 9, 2009

Happy Mother's Day

for my lovely mother
"i love u so much,
Thanks 4 everything ,"

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


Ibu tersayang :Hjh Ramlah bt Adol (sebelah kanan)
ayat2 mak yg mengharukan :
" mak xde harta, korang ni la harta2 mak ".
huhuuu..
bila teringat kata2nya, aku pastikan akan buat yg terbaik utknya.


selamat hari ibu juga buat nenek tercinta ; Hjh Janiah bt Dohamid (sblh kiri)


My lovely mother in-law : Pn Siti Zaidah bt Hj Ehsan. ( Tiga dari kiri )
kata2 ibu mentua yg mengharukan spnjg mjd menantunye :
" terima kasih, temankan mak.."
sambil memelukku.. Sadisnye, nasib baik aku kuat ms tu, klu tak aku pasti leleh airmata..


Selamat Hari Ibu juga buat kakak2 tercinta,
"jdla ibu yg terbaik seperti ibu KITA"


K'su : Suhaila
"nak ahu.. bila demam anak sulungnya pasti nak berdokong je dan lentok ke bahu. inilah pengorbanan s'org ibu..

My sister in-law : K'Yati
"ibu..." panggilan anak2nye.. menatang mereka bagai minyak yg penuh..
inilah sifat s'org ibu yg tiada bandingannya..

Kak Long : Puan Raha Laili
Berjiwa tabah, sabar mengharungi kehidupan bertiga bersama anak2 tercinta.
Mendidik anak yg brmcm karenah mmg sukar tp itulah hakikatnya mjd IBU.. sanggup berkorban jiwa dan raga.
moga anak2 akan berjaya suatu hari nanti.
mama....


"Selamat hari ibu"
juga buat kekawan di luar sana yg telah bergelar "IBU"

Wednesday, May 6, 2009

the busy woman in the world

hai kekawan blog... apa kabarmu disana? lama betul tak mengapdet entry nih. Nak buek camno busy bebeno, tajuk pun dah menggambarkan kesibukan tuan punya blog ni. hehehe.. Nmpknye bulan ni adalah bulan kesibukan bg kekawan blog nih, buka entry yg sorng ni kata busy, yg sorng tension, yg sorang tak cukup masa, haha.. dan mcm2 lg. hrp2 kekwn blog nih blh bertahan dgn kesibukan tersebut.. pastu blh la kita berchit-chat lagi...

Dgn berbekalkan masa yg dperuntukkan iaitu 15 minit shj utk mengadap blog kesayangan nih, aku ringkaskan cite kebusy'an aku ni.

1. kursus 2 hari di ipgm kampus bahasa melayu ( kursus pengurusan persembahan pentas) selama dua hari- 8.00 pg- 4.00 ptg, kursus emergency, ganti tempat org.. huh tension! tp nasib baik kursus tsbut menyeronokkan dan rs mcm tak nak blik sekolah je.. nak jadi org teater. hehe..

2. menanda buku-buku latihan murid yg tertangguh.

3. mengisi tugas baru "PATS" yg memeningkan kepala..

4. mengemas rumah slps pulang ke kampg termsk membasuh bju yg bertimbun, melipat, mengiron bju utk seminggu.

5. meyiram pokok2 tanaman kesyangan di luar yg dahaga melampau.. sampi kelihatan kekuning-kuningan.

Huh! ini lah sebilangan aktivt yg memenatkan sampai tak sempat nak merelease tension di blog nih.. di tambah pulak dgn wahid yg tgh busy myiapkn assgmt so tak nak ganggu dia dgn kje2 memblog. sbb klu dh memblog tak ingat masa dah.. hehe.. ok la masa dah tamat, kita jumpa di lain waktu. BABAI...

Friday, May 1, 2009

01 Mei 2009

Selamat Hari Pekerja!!! kepada mereka2 yang bekerjaya, tak kisah la keje sendiri ke? keje ngan company ke? yg penting keje.. surirmh pun dikira kerjaya juga, so hari ni dok goyang kaki je jgn lakukan ape2 aktvt selain merehatkan diri, kata hari ni hari pekerja so relax je laaa.. hehe.. ( mcm nk kena belasah je org yg buat statement nih)..

HOO...HOO.. mcm happy je kan? nak mulakan entry pertama dbulan Mei ini mestilah kena happy barulah hidup "Happy Go Lucky". Knp aku Happy? sbb 1 : aku kat kampung tercinta, sbb 2: dpt mkn makann yg emak msk, hehe.. mcm tergntung je cerita nikan? mna taknye en. wahid terpublish awal, blm sempat aku menghbiskan cite nih. Rs nak notan je tgn dia yg tembam tuh! tak ada baby yg nak kacau tp ada baby besar yg lagi susah nak jaga, asyik nak kacau orang je. Hhmm.. kadang2 gelagatnye tu menghiburkan hati. pastu mak suruh buat air utk minum ptg pulak... ape menu ye? haha.. my favourite sejak 2 menjk nih. milo panas and cekodok! ahaks mcm kelakar je bunyinye.

ha! hari pun sudah malam, perut pun dah penuh, meh la sambung blik cite yg tergendala sebantar. emmm... sampai mana tadi erk? oh.. sbb2 knp aku happy kan? sebab 3 : dapt angin segar sawah padi, dok je kat kerusi tepi rmah sambil menghirup udara nyaman, lega rasanye beban yg bertimbun2 kat sekolah, sebab 4 : dpt menyembang sakan dgn family, mlm tadi aku n wahid blh sembang ngan abah dan mak sampai pukul 1 pagi.. wah! cayalah.. bangun pagi je mata terkulat2 mcm kerang busuk. sebab 5 : bergossip ttg hal2 dunia ni yg tak habis2, ohh.. sape pakai kete baru mak?, knp anak jiran dpn tuh tak blik cuti 3 hari ni mak?, wah.. bukan main menyibuk lagi ko adah yea.. sebab 6 : dapt tgk tv yg kita suka, sbb kat rmh kmpg ni ada 3 tv, so blh pilih channel yg kt suka. sebab 7 : blh jln2 n sembg2 ngan mak sambil tgk kebun kecil mak dibelakang rmh.. ada ubi kayu, cili, timun aceh, petola, pisang, ciku, cempedak dan mcm2 lagi..

sebab 8 : blh menyendeng je ngan mak tak kira masa, ank manja la katakan.. hehe manja ke? korg pikir la sendiri. sebab 9 : duduk lepak je tak buat ape, hahhaha.. ni paling best, pastu blh pilih tempat lepak kat mana yg yg dirasakan seronok, kat dlm rmh, depan rmh, tepi rmh, kat atas.. krn rmh kat kampung ni terlalu bnyk ruang yg kadg2 memeningkan kepla nak mengemasnye.. sebab10 : banyak makanan, tak sedap pun aku rasa sedap giler.. sbb tu klu nak dok kampung lama kena bersedia dr segi fizikal dan mental kerana "ADAH, KO AKAN GEMUK TAK LAMA LAGI.. " Huawahahuwahh...