Thursday, August 12, 2010

KINI AKU KEMBALI!!!!!

Setelah bertahun blog sepi ibarat pohon yg menanti rebah, akhirnye hari ini 2 ramadhan tergamit perasaan utk menyambung kembali aktiviti yg telah lama aku tinggalkan. My lovely blog, JGN BERSEDIH, aku kini kembali......

Monday, September 7, 2009

Inspirasi Berbuka Puasa...

Buat pertama kalinya aku memuatkan resepi dlm entry ni. Tetiba aku rasa mcm nak kongsi resepi istimewa keluarga aku dgn korang semua. Utk pengetahuan korang, aku pun tak past lg nak masak resepi ni. Hehe... only my mum je yg pandai. So, kpd yg suka memasak.. blh la try masak and klu menjadi jgn lupa bg tau ye...

Mee Marry Istimewa

Bahan-bahan utama :

1kg mee basah - basuh dan dicelur
1/2 kg udang basah

Bahan-bahan utk kuah :

1 bungkus rempah kari - (dibancuh dengan secawan air)
1 bungkus kecil bijan - (goreng tanpa minyak dan ditumbuk)
20 keping biskut marry - (dikisar atau ditumbuk halus)
1 cawan kacang tanah - (dikisar atau ditumbuk halus)
3 biji kentang - ( direbus dan dilenyek)
1 cawan sos cili
1/2 cawan kicap manis
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping asam keping
2 sudu besar minyak utk menumis
air mengikut citarasa
gula+garam+serbuk perasa mengikut suka

Bahan sampingan( hiasan )

taugeh - celur dan toskan
sawi -celur dan toskan
hirisan cili merah
telur rebus dibelah dua
hirisan kentang rebus
hirisan tauhu goreng
bawang goreng
hirisan daun sup dan bawang

Cara-cara membuatnya :

1. Masukkan minyak dan tumiskan bawang merah+ putih+halia yg telah ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari sehingga mendidih dan masukkan air mengikut suka.
3. Masukkan biskut marry + kentang + bijan + kacang tanah dan kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan pula asam keping + kicap + sos cili + gula + garam + sebuk perasa dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan udang basah dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan mee ke dlm pinggan dan letakkan bahan-bahan sampingan. Akhir sekali tuangkan kuah mengikut suka. Sedia utk dihidangkan.

- Selamat Mencuba -

Sunday, September 6, 2009

Berbuka Puasa

Assalamualaikum...

Puase ker? hehe... buat2 tanya la plk, of course la kan.. Kpd yg selalu mengikuti perkembangan blog ni, aku mintak maaf bnyk2 sbb takde story2 baru dlm entry nih. hehe... nak buat camane, bulan2 pose ni aku mcm dilanda keletihan, kekontangan idea, and rs mcm nak tido je.. haha!!! ni la tabiat buruk yg tak sepatutnye dicontohi. Kpd yg mmpunyai tabiat yg sama marilah kita sm2 membanteras sikap buruk nih. hehe.. (Insaf la wahai saadah, buat2 la amal kebajikan dibulan yg pehuh rahmat nih... )

Tup! tap! tup! tap!.. hari ni dh masuk hari ke enam belas kita berpuasa, skrg ni masing2 dh sibuk nak buat persiapan menyambut 1 syawal. Mana2 shopping mall dh dibanjiri dgn manusia2 yg tak sabr2 nak berhari raya, termasuk la org yg menulis ni, kalu boleh mcm sume baju dia nak borong, insaf la saadah kau tu bkn bnyak sangat duit. Hikhikhik... So, hari ni aku mengambil keputusan utk melepak je kat rmh drpd bersesak2 diluar sana.

Semalam aku berbuka pose dirumah nenek wahid ditanjung karang.. wah sedap giler menu2 yg ada, dan yg paling best sup tulang mcik dia. wlpn aku tak suka sup tulang tp klu mcik dia yg buat aku takkan menolak punye sbb aku rs byk2 sup, sup dia tak rs lembu. Aik! mcm pelik je bunyinye, korng fikir la sendiri.. hehe... Tp aku tak sempat la nak pic sup istimewa tu. Sekadar dpt bercerita je.

Ha! gambar2 kat bawah ni plk, aku pic ms berbuka pose dikampung kesayaanganku di Parit 2 Timur, Sungai besar bersama semua ahli keluarga pd hujung minggu lalu. Biasa la kalau dah semua blik menu yg dihidangkan pastinya berbagai2 mengikut citarasa masing2. Klu air tu kdang2 sampi 3-4 jenis.. kuih plk bermcm2 tp yg paling tak miss adalh murtabak, popia basah.. Biasanya kuih muih ni ktorg beli je kat bazaar ramadhan. Tp lain plk ngan mak, org sibuk membeli juadah dia tetap memsak lauk pauknye yg berjenis2 tu dirumah. Kadang2 tu pkl 4 mak dah masuk dapur mask itu dan ini, bukan ape katanye, cpt siap cpt la dia berehat.. mak mmg rajin tp anknye, hehe... korang pikir la sendiri..


Gelagat2 menanti waktu berbuka puase, ada yg dah duduk mengadap hidangan, mungkin dah tak sabar kot! hehe.. menonton tv, terbaring lesu, lagi2 yg memakai t-shirt putih.. tempat parking dia utk membulat bila balik kampung.

Antara menu2 yg terhidang masa tu, emmm.. yg paling best sambal udang petai. Masak lemak kuning ikan jenahak, cencaru goreng and kerabu mangga. wow! sangat delicious bila ingat balik. ahaks!!!

Masa yg dinanti2kan, berbuka puasa. Ha! korang tengok la bersimpang-siur tangan masing2, semua benda nak dicapai. hehe... masing2 sabo ye!!! tak lari lauk dikejar...

Berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli keluarga memang menyeronokkan, disamping dapat mengeratkan silaturrahim. Lebih2 lagi melihat gelagat sikecil berbuka puasa mcm2 karenahnye. Pastinya org yg paling gembira ms tu adalah kedua org tua kita. So, kpd yg belum sempat berbuka pose bersama kedua org tua dan ahli keluarga jgn lpskan peluang keemasan ini, setahun hanya sekali..

Thursday, August 13, 2009

Annivesary Celebration.. (13 Ogos 2009)

Yesterday...
There was our third annivesary day. Hmmm... genap tiga tahun usia perkahwinan kami. Nampaknye thun ni kami masih celebrate our special daY berdua. hehe... tinggal la cite sedih2 ni, yg penting kami bahagia. Apa yg specialnye? Utk pengetahuan semua setiap tahun kami akan celebrate di tempat pertama aku dan wahid dating. Kat mana errr... Jeng22 " PIZZA HUT DI SHAH ALAM MALL" Haha!! bila ingat balik mmg kelakar.. drpd kawan akhirnya menjadi suami isteri.


Bagaimana kisah aku dan wahid ni bermula? Korang nak tahu ker?... hehe... klu nak tahu boleh la terus kan pembacaan korang dlm n3 nih.Bagaimana aku boleh terdating ngan mamat yg bernama 'WAHID" ni? hehe.. Kisah bermula pada Nov 2005, ms tu bulan pose hari jumaat, esoknye cuti sekolah bermula. si wahid ni mengajak aku keluar berbuka pose bersama tp aku tak nak asalnya, emm.. mcm biasa org pompuan ni kena jual mahal ckit, baru la ada adventure ckit.

Tp si wahid tak putus asa memujuk dan terus memujuk dan akhirnya terkeluar la ayat2 sadis " lps ni cuti cuti panjang, kempunan la aku nak keluar ngan ko" Haha!! aku ni manusia lembut hati tak boleh dgr ayat2 mcm tu. Aku pun mula terfikir, klu la terjadi ape2 kat si wahid ni, kesian pulak kat dia.. nah! ambik kau si saadah dlm delima dan akhirnya, aku pun bersetuju. hambik ko saadah akhirnya cair dgn insan yg bermulut manis nih.. hehe.. nak buat camana itu la permulaan jodoh rupanya.

Maka slps berbuka pose ktorng pun keluar la bersma utk pertama kalinya. Itu la tempatnye.. cite punya cite hinggala ke bab2 yg lebih serius. Aku yg msih ddlm kekecewaan krn cinta putus dtgh jln pd ms tu akhirnya memberi lampu hijau kpd wahid sekiranya dia berani, dtg la kerumh berjumpa org tua dan jika mereka bersetuju dan suka maka dia la calon suamiku... Haha!!! aku pun terkejut juga dgn apa yg aku kata, nak menyesal pun dh tak guna. Rupanya wahid take it seriously..

Dgn gentlemannye wahid dtg ke rumah pd hari raya tersebut. Nak djadikan cite seluruh keluargaku suka dan tak kisah sekiranya wahid serius nk jadikan aku calon isterinya. Ahaks! aku terpana, dan akur walaupun tiada sedikit pun perasaan pdanya ketika itu. Dgn bersaksikan jambatan usang dihadapan rumah aku tu, wahid telah melamar ku dgn ikhlas.. tak terkata masa tu cm tdetik dlm hati, ada jgk org nak lamar aku nih. hehe... Dgn penuh berhemah aku menolak " bg la aku habis kursus dl kalu ada jodoh tak kemana, 1 januari 2006 nanti ko tny aku blik ye".. Tp Jodh pertemuan ditgn Allah, setelah difikir2 mungkin dia adalah jodoh drpada Allah, maka aku pun menerima lamarannya pada tarikh harijadinya 21 dec. 2005. Hmmm.. x sempat tunggu thun dpn sbb aku rs dia mcm ikhlas je terima aku seadanye..

Wah! panjang betul cite kisah pertemuan ni. singkat dan berjalan lancar.. Klu nak cite 2 3 n3 pun tak cukup. Hehe.. Harap2 kebahagiaan perkahwinan ini akan terus berkekalan selamanya hingga akhirnya hayat kami dan dikurniakan cahayamata yg comel2 kelak..

KRONOLOGI KISAH AKU DAN WAHID.

Nov 2005 - first dating
Dec 2005 - terima lamaran
5 Feb 2006 - hari pertunangan aku dan wahid
13 Ogos 2006 - Hari pernikahan
19 Ogos 2006 - Hari persandingan
20 Ogos 2006 - majlis menyambut menantu
Nov 2006 - Aku mengalami keguguran zuriat sulung kami
Okt 2007 - Aku disahkan mengandung sekali lagi.
21 April 2008 - Kandunganku disahkan meninggal dunia, sekali lagi aku kehilangan..
22 April 2008 - Aku melahirkan Nur Aisyah yg telah meninggal dunia..c
Jan 2009 - Wahid dap kursus KDP 14 minggu. Tercapai jgk hasratnye nak menymbung
pelajaran.
Sep 2009 - ??? Mungkin kete impian ktorng akan keluar.. haha!!! hrp2 la.. moga 2 dpt menghilangkan
rs kesedihan setelah bermcm peristiwa suka duka yg kami lalui.

Inilah the latest picture from us.. drpd sebeso jari manis, skrg ni dah jd ibu jari. hah! ambik kau saadah berat dah berlebihan, nak buat cmane berjangkit dgn org sebelah. hehe... wahid plk drpd sebeso ibu jari, dah jd beso penumbuk. haha!ha!!

Menu istimewa setiap kali celebrate our annivesary.

Aksi2 candid yg smmngye ktorg mmg suka buat mcm ni, nak hidup bahagia kena sporting, understanding and happy go lucky wherever we are..

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN DI HARI BAHAGIA
AKU DAN WAHID



Pakaian tradisional masyarakat banjar di Banjarmasin, Kalimantan. Aku g sana ke? xdela, sponsored by My Father's cousin.



Sunday, August 9, 2009

Suratan takdir...

Setelah berminggu2 aku tak updet n3 ni, baru hari ni aku rs free n tenang ckit. Tp ni pun mcm xde mood je nk cite pnjg2 sbb perasaan x brp nak ok juge sbb hati telah dilanda kesedihan kerana pemergian seorang rakan sekerja semalam kerana penyakit jantung berlubang yg dihadapinya. Bila baca n3 adik ipar lg bertambah sedih. Kesian mengenangkan suami dan babynya yg baru lahir dilahirkan lebih kurang 2 bln yg lalu. Lagi menyedihkan dia meninggal dihari annivesarynye yg pertama. Semoga suami dan keluarganya tabah menghadapi suratan dan takdir ilahi ini. Allah lebih menyayanginya, semoga rohnya (Siti Humaira bt Abd Afif) akan dicucuri rahmat olehNya. Al-Fatihah..

Klang Parade... 02 Ogos 2009

Klang Parade? Hikhikhik....

Setelah difikir2kan inilah title yg sesuai utk dimuatkan dlm n3 nih.. rasa x blh berfikir utk tajuk2 yg lebih gempak. Hehe.. bila dh kekontangan idea2 bernas ni, mula la cite2 lama2 yg dah nak basi aku masukkan dlm n3 nih. Tp tak brp nak basi lg laa.. masih segar dlm ingatan. hikihik..

Ni la sebahgian akitiviti2 keluarga yg menyeronokkan. Ktorang membuat perjumpaan di Klang Parade, asalnya nak main bowling je dsbbkan ktorg pegi main terjah je so terpaksa tunggu turn pukul 1 ptg bru ada free. Memandangkan semangat berkobar2 nak main kami mengambil keputusan tunggu je. Ktorg sempt shopping2 dulu, kaklong sempat la membelikan baju raya utk anknya, makyang plk beli kasut Ilyas, sibuk jgk nak kasut baru. H ehe.. aku pun shopping juge, bodek punya bodek dpt la 2 pasang tracksuit and sehelai t-shirt.

Dah shopping satu kLang Parade pun, turn nak main bowling tak sampai2 lagi so ktorg pun plan berkaraoke dulu. hehe.. Boleh test vokal jap.. Ni la di antara penyanyi2 terhebat pd hari itu. hehe.. lagi hebat yg pakai baju biru n tudung hitam tuh.. siap terlentok2 menyanyi.

Yang paling tak tahan abg deen laa.. wah! test vokal betul, siap nyanyi lagu RATUKU utk wife kesayangan dia (kak su). Sudah la mak yang jgn nak perasan.. hihikk.. Wahid yg bersuara gemuk, biasanya tak menghampakan. hehe... jgn perasan banyak2 ye bang.... haha!!! yg kelakarnya si Amin yg berbaju merah hitam tu siap nyanyi jgk.. lagu arab lagi, si isteri disebelah hanya mampu tersenyum melihat sang suami yg menyanyi mcm nak pengsan..


Gambar2 candid yg sempat aku pic ms tu. Tengok le anak2 buah aku tu, siap duduk atas meja lgi, boleh plk dorang ni main "pondok2". Ni la dikatakan budak...

Akhirnya kini pasti.. ktorg dpt jgk melepaskan kemaruk main bowling, hehe...

Antara team2 yg bertanding hari itu..
kak long + amin
wahid + adah
kak su + abg deen
abg idi + kak yati

Aksi2 ganas pemain2 pd ms tu. Amboi kak long, tak berat ke bola tu? siap dipeluk2 la pulakkk..


Gelagat ank2 buah yg sedang kebosanan melihat org tuanye bermain tak ingat ank dah, pandai2 la korang jaga diri... tu yg ada peluk monitor la, jaga bola bowling la, last2 yg kelakarnye, 2 org ank buah aku boleh terlepas n jatuh kat lane.. ishh2 kesian betul la aku kat diorng.. punya la asyik mak ayah diorng nih...


Gambar candid setelah penat bermain, perut pun dh kriok2 minta diisi maka ktorng pun mamam la dulu before we all went back. Almost tired but happy and enjoying ourselves. Who is the winners?? Of course our team, wahid + adah. hehe... actually wahid penyumbang mata terbanyak, aku tumpang sekaki je.. sapu longkang bersih. ahaks!!!!