Tuesday, July 28, 2009

Minggu Ujian Bulanan 3..

Haha!!! time ni paling best, sekolah akan senyap sunyi seperti dilanggar garuda, kerana murid2 yg suka buat bising terpaksa menyeyapkan diri seketika utk memberi ruang otak berfikir bgi mghasilkan jawapan yg bernas. Bernas ke? kadang2 bernas la jugak... hehe.. Tp yg tak bestnye, lps ni kena tanda kertas soalan plk. Makna kata aku akan sibuk mcm tak cukup kaki tangan. Huhuhu... lps tanda, key in markah, pastu masukkan markah dlm buka laporan adab belajo n akhir sekali kena hantar utk pengesahan GB.

Huhu.. Inila rutin seorang guru yg kadang2 tak termampu dek badan tp.. kadang2 menyeronokkan juga. Nak tahu kenapa ? Ha! sebahagiannya, dpt melihat gelagat murid2 kita menjawab soalan, heh.. tengok la gambar kat bawah ni, ada yg khusyuk smpai tak toleh kiri kanan, ada yg tersengih2 mcm kurng busuk, ada plk tu menjwb sampai tertido2, aku pun tak pasti smd dia dpt jwab ataupun tidak.



Asyik cite psl murid kite je, cikgunye plk buat ape erk? Hehe.. biasa la time2 ni la nak relaxkan diri, takpayah terpekik terlolong nak mengajar cuma goyang2 kaki je, jln2 tengok budak2 menjawab soalan mna la tahu ms tu ada yg tak difahami blh bg tunjuk ajar ckit. hehe.. pastu dah penat meronda, main handphone la plk, ni yg terambik gambo diorg ni. hehe... yela masa sejam, apalgi nak buat, dok saja takut tertido la plk...

Klu nak tahu ni la kelas bwh jajahan aku, masak dorg dgn guru kelas yg suka membebel nih. hehe... mau tak membebel, mcm2 peragai dlm kelas ni. 21 boys and 19 girls. huh! penat beb jaga diorg ni, lgi2 nak train rajin menjaga kebersihan, punya la susah.. tp dek kerana hasil usaha, nampk la kerajinan diorg ckit sejak 2 menjak nih. Hehehe... apa pun teacher syg la kat korang semua nih!!!, Rajin2 la belaja erk, bila beso nnt blh tunjuk ajar plk.. Cikgu dah pencen kot ms tu. hikhikk..

Wahid dan Otai...

Ketika aku dan wahid berjalan2 di Jusco BuKit Raja, tiba2 aku nampak ramai org dok berkumpul kat ruang legar kat situ. Aku ngan wahid pun turut la menyibukkan diri, ohhhh... rupa2nye Otai Rock 1 Malaya "AMY SEARCH" ada kat situ tgh buat promosi konsert DI AWAN BIRU. Aku tak la berapa nak teruja tp org kat sebelah aku ni, mcm cacing kepanasan. Wah2!!! dh jumpa idolanye tak ingat aku kat sebelah terus pegi jumpa amy n bersalaman. Pastu siap nak bgambo lagi, ikutkan tak blh bergambar sesuka hati kena la beli tiket dulu tp dek kerana teruja sesangat dia tak peduli. Hehehe... Aku pun layan je la karenah dia tu, ha.. dpt la bbrp pic utk kenangan2, tkut ralat macm mama si iris plk ( terkilan tak dpt bergmbo ngan ct nurhaliza ). hehe...

Apa persamaan Amy dan Wahid?
Persamaan :
- sama2 botak
- dua2 mcm bodyguard. hehe... tp yg beso ckit tu, nmpak je macho tp kucing pun takut daa..

Wednesday, July 22, 2009

Hari Kecergasan 2009 Peringkat Sekolah

Untuk pengetahuan semua, aktiviti ini di adakan pada setiap tahun utk memberi kesedaran pada guru2 dan murid2 pentingnya menjaga kesihatan. Ini la aktiviti yg kami para guru sentiasa nanti2kan utk mereleasekan tension yg sememangnya tension2 je memanjang kerana mengadap karenah murid2 yg mcm rojak buah, mcm2 ada... hehe... dan yg paling best atvt pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditangguhkan. So, tak perlulah guru2 curi2 tulang utk merehatkan diri. ada ke yg buat camtu?? Hehe.. entah la tepuk dada tanya selera. Antara aktiviti yg dijalankan ialah senamrobik beramai2, tarian poco2, ceramah dan tayangan video. Ni la sebahagian gambar yg dpat aku pic utk tatapan halwa mata hari ini.

Dalam pada sibuk bersenamrobik aku and kekawan aku ni sempat jgk la berpossing.
Jgn tak tahu dorg ni hebat jgk...


Sebahagian guru dan murid2 slpas menari poco2. Yg kelakarnya murid2 ni tak senam pun sibuk tengok cikgu2nye bersenam dan menari dgn penuh semangat. Hehe.. ni la sifat semulajadi guru, sentiasa bersemangat walau apa jua keadaan. Cayala cikgu!!!!


Ini merupakan aktiviti terakhir utk hari kecergasan : "ceramah" time ni ramai cikgu2 dah flat dek kerana kepenatan termasuk la yg menulis blog nih, boleh plk pegi kantin membelasah roti canai and air milo. Hehe... betul2 pengamalan cara hidup yg tak sihat. Mau tak lps ni turun sekilo tp naik 2 kilo!!! Insaf la wahai cikgu, kau masih diperlukan, jaga la kesihatan kerana dirimu begitu berharga.....

Monday, July 20, 2009

Birthday present...

Akukah yg terlewat? atau dia...

Hehe... ayat mcm dialog novel je. Actually, aku baru je dpt birthday present ni hari sabtu yg lepas. Emm.. tak sangka jgk wahid nak bagi hadiah ni, agaknye kesian tengok hdphone isterinye kot yela.. org dh tak pakai hphone camtu lg, bagi aku asal blh guna lg, tak kisah laa. Apa pun tq abg.. I love u so muchhh!!!!


Tp... aku lg lewat drpd dia, drpd bulan 12 thun lpas, baru semalam dapat bagi dia.. hehe, mcm useless je isteri ni, sori bang errr... nak bagi yg special kena la ambik masa ckitkan. hehe...


For my lovely husband, I dedicated the special song 4 u :)
thank you for everything...





Wednesday, July 15, 2009

masa itu emas..

hai.. lately ni mcm tak cukup masa je, ada je benda yg nak dibuat, so aktvti2 mngapdet entry nih terpaksa ditangguh utk satu tempoh masa yg agak lama. Sedih juga tp nak buat mcmana ada benda lain yg lebih penting. hhhuhhuuuu.... Nak katanya MASA ITU EMAS. Ni pun aku terpaksa curik2 masa 2-3 minit utk menjengah blog yg nmpak mcm dah tak ceria je. tak kisah la yang penting aku nak hadiahkan korang semua sebuah lagu favourite aku nih. Lagu ni sekadar hiburan je tau.. takde kaitan dgn kehidupan tuan empunya blog ni. Heheee.. aku suka nyanyi lagu ni time karaoke, pastu wahid akan tergelak2.. dia ingat kelakar kot lagu ni, tak tau kite punya la feeling.. bukan ape bila aku dengar lagu ni, akan mengimbau kenangan aku zaman kanak2 ketika berusia 8 tahun, sekitar tahun 1988.. seronok mengingat gelagat aku yg suka menyanyi time tu, nasib baik tak jadi penyanyi je. hehe..

Wednesday, July 1, 2009

The baby who I wanted...

Lama tak apdet tetibe kuar pulak gambar baby2 nih. hehe.. Saja letak gambar2 ni, si kecik ni la yg banyak menghiburkan hati aku ngan wahid. Si comel ni, anak kak su yg kecik sekali, umur setahun lebih. Nama penuh Ilyas. Klu lama tak jumpa dia ni, rasa rindu ngan gelagatnye yg melucukan. Aku pic gambar ni masa kat rmah abg di Meru, asyik buat perangai je si 'e-yes' ni, maka aku pun pic muka dia yg tgh t'gelak2 ni. Malula konon, siap2 nak tutup2 muka pulak..

Punya la aku sayang kat dia ni, ms tgh sakit2 nak bersalinkan arwah Aisyah dulu, aku blh buat permintaan nak dukung dia sebelum bersalin.. family tak bagi, tp aku nak jgk mn tau ms tu umur tak panjang.. hehe.. kelakar plk bila ingat balik. Suka pikir bukan2, itu la SAADAH.. klu korang nak tau.. Apa pun maksu n paksu sayang 'e-yes' sangat2.. klu takde si comel ni, pasti sunyi hidup kami berdua.. Terima kasih 'e-yes!