Monday, September 7, 2009

Inspirasi Berbuka Puasa...

Buat pertama kalinya aku memuatkan resepi dlm entry ni. Tetiba aku rasa mcm nak kongsi resepi istimewa keluarga aku dgn korang semua. Utk pengetahuan korang, aku pun tak past lg nak masak resepi ni. Hehe... only my mum je yg pandai. So, kpd yg suka memasak.. blh la try masak and klu menjadi jgn lupa bg tau ye...

Mee Marry Istimewa

Bahan-bahan utama :

1kg mee basah - basuh dan dicelur
1/2 kg udang basah

Bahan-bahan utk kuah :

1 bungkus rempah kari - (dibancuh dengan secawan air)
1 bungkus kecil bijan - (goreng tanpa minyak dan ditumbuk)
20 keping biskut marry - (dikisar atau ditumbuk halus)
1 cawan kacang tanah - (dikisar atau ditumbuk halus)
3 biji kentang - ( direbus dan dilenyek)
1 cawan sos cili
1/2 cawan kicap manis
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping asam keping
2 sudu besar minyak utk menumis
air mengikut citarasa
gula+garam+serbuk perasa mengikut suka

Bahan sampingan( hiasan )

taugeh - celur dan toskan
sawi -celur dan toskan
hirisan cili merah
telur rebus dibelah dua
hirisan kentang rebus
hirisan tauhu goreng
bawang goreng
hirisan daun sup dan bawang

Cara-cara membuatnya :

1. Masukkan minyak dan tumiskan bawang merah+ putih+halia yg telah ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari sehingga mendidih dan masukkan air mengikut suka.
3. Masukkan biskut marry + kentang + bijan + kacang tanah dan kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan pula asam keping + kicap + sos cili + gula + garam + sebuk perasa dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan udang basah dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan mee ke dlm pinggan dan letakkan bahan-bahan sampingan. Akhir sekali tuangkan kuah mengikut suka. Sedia utk dihidangkan.

- Selamat Mencuba -

No comments:

Post a Comment