Wednesday, June 17, 2009

Family Gathering...

Hai... lama betul tak mengapdet blog nih, rasa rindu plk kat blog kesayangan. Tp ms tak mengizinkan utk meluangkan lebih ms utknya. Ha! tp hari ini aku kembali menyambung penceritaan aku dlm blog ni. walaupun cite aku ni dah nak basi, cikit2 la.. tp aku nak share jgk la utk tatapan u all semua.

Pada hari rabu minggu lps, kak su, kakak aku yg sedikit kecoh tu belanja ktorang adik-beradik, mak n abh makan di restoran muara, tangjung harapan. First time sampai kat situ, best juga.. maka ktorg pun makn seperti setahun tak dpt makanan. hehe... apa pun terima kasih la buat kak su kerana belanja ktorg semua, moga lps ni dmurahkn rezeki lgi n belanja la kami sekali lagi. hehe.. bak kata e'chik "terima kasih kak chu.."


Gambar abah sedang memangku anak kak su yg sememangnya pandai membodek, tu ada la benda yg dibodeknye.. nenek n mak, wah! mak bukan main possing lagi, control ayu gitu.. diorang bertiga ni tak boleh dipisahkan, di mana ada abah, disitu la ada isteri n emaknya.. kena kasi dok dekat2, klu tak payah cite nye nnt.. hehe,,


Sementara menunggu hidangan tak sampai2, ktorang adik-beradik pun sempat berpossing jgk. hehe.. possing jgn tak possing.



Sebahagian daripada menu ktorng mlm tu, sebahgian lg aku takdan nak ambik gambar dah kena ngap! yummy!yummy...! ada sotong bakar, ketam bakar, ikan bakar, siakap stim dan mcm2 ada... tp yg paling best aku suka udang goreng tepung. sedap giler smpi teringat2 lagi nih.

Bergambar bersama, adalah agenda terakhir ktorg pd malam tu, dgn angin pantai yg sepoi2 bhs ktorng mengabadikan kenangan, dtambah plk gelagat2 ank2 buah yg tak reti dok diam. Pastinya kenangan yg terindah buat kami sekeluarga.

Sebahagian drpd pemandangan di restoran muara. Tempat memilih ikan, ketam, sotong yg segar2... bayangkan punya la teruja, rsa mcm nak ambik semua je..

Aksi2 aku ngan wahid melantak, tengok je la gaya wahid makan tak toleh kiri-kanan, kt snap gambar pun tak perasan. hehe.... mau taknye org tak habis je, dia la yg kasi licin.

gelagat anak2 buah berpossing. Si baju kuning tu, siap request kt paksunye lagi, " paksu, ambik la gambar uda, mcm ni..." hehe..

Diakhir penceritaan aku ni, aku berharap semoga kasih-sayang keluarga ini akan berkekalan dan bahagia selamanya. Amin... sbg mengakhirinya, buat family kesayangan aku ni, terima la pantun 2 kerat aku nih.. " handbag bonia dan kasut sembonia, aku sayang kat korang semua.." hehe.. mcm tak kena je. sebenarnya aku saje letak bonia2 ni, nak myakat kak long yg baru je beli beg bonia baru tempohari. Agak2 dah bosan, bg je la beg tu kat adik bongsu ni.. Ahaks!


No comments:

Post a Comment