Monday, April 27, 2009

Kini ku kembali!!

"Kembalilah syg, kembali padaku, ku dahaga kasih sayangmu.." MUNGKINKAH LAGU NIH YG SERING RUMAH KU NYANYIKAN KRN MERINDUI TUANNYA? haha!! mungkin juga krn lebih kurang 2 minggu aku meninggalkanya kesepian.. tp kini aku telah kembali!!! wahai rmhku usahlah kau bermuram durja, kini aku kembali menghiasi serimu.. (ayat2 yg kdg memualkan) hehe..

Sebenarnya, sudah 2 minggu aku n suami tak dok rmh sendiri krn menemankan keluarga suami. So, hr ni tamat lah tempoh perpindahan kami buat sementara waktu. sedih jgk nak tinggalkan rmh mentua, yela dah 2 minggu makan tersaji, pakaian terjaga. hehe.. yg paling best sblm pegi keje siap dah ada breakfast lg, bila blik plk dh ada hidangan tersaji, baik sungguh hati IBU MERTUAKU. "terima kasih mak" moga Allah akan membalas jasa baiknya.

kdang2 tu rs berslah jgk, kerana hny menantunya yg sorang ni, mak mertuaku terpaksa b'susah payah buat itu dan ini. Apa pun I LOVE MY MOTHER IN LAW FOREVER... tp ini bkn versi cite P.ramlee yg cucuk mata ngan garpu tau gara2 ibu mertua. ini versi IBU MERTUA MODEN. (jgn jelous dgr cite aku nih, hanya menantu yg bertuah dpt mcm nih. hehe.. mcm poyo je)


Ini lah ibu mertuaku (duduk sebelah kanan) bersama ibunya yg tercinta.


Bila blik rmh sendiri, maka aku memulakan aktvti biasa yg dah lama ku tinggalkan. Menyapu habuk, mop satu rmah, lap perabot, siram bunga, cuci toilet.. huh! penatnya.. semuanya aku buat dgn hati yg ikhlas barulah rumahtangga aman dan damai. Wah! mcm ustazah bahyah bg tips utk keharmonian rmhtagga je. hehe.. sekali sekala..

Emmm.. nampaknya Wahid kat sebelah ni dah bg alunan muzik yg merdu dan penuh irama lg.. kejap bunyi mcm ketapi, jap mcm bunyi kapal laut nak berlepas.. hehe.. pndai jgk dia buat irama tak yah msuk kelas muzik. Tp apa yg penting dia tetap comel dlm apa jua keadaan . Lgi2 masa tido, mcm baby yg montel.. siap pakai setokin lgi. hehe.. Seblum alunan tuh bertambah kuat, mata dah berat, idea dah kontang, aku cau cin cau dulu lah erk.. jam pun dah menunjkkan 12.15 pagi.. Zzz..Zzz...

No comments:

Post a Comment