Saturday, April 11, 2009

sad story... (15 Rabiulakhir)

Kisah bermula pd Oct 2007, aku gembira dan bersykur ke hadrat ilahi, apabila disahkan mengandung sekali lg slps keguguran pd Nov 2006. Seperti ibu2 lain aku mengalami alahan diawal kandungan. Namun demi anak yg ku nantikan ini aku sentiasa bersabar dan mengharapkan kehadirannya akan mengembirakan hidupku dan suami. Bulan demi bulan ku lalui dgn penuh keceriaan dan tidak sabar menanti kelahiran permata hati pertama aku dan suami. Tambahan pula doktor mengatakan kandungan ku tiada masalah dan anakku sihat. Alhamdulillah! Aku dan suami amat bersyukur dan menjaga kandungan ini bagai menatang minyak penuh kerana takut kejadian lalu berulang lagi.

Namun apabila usia kandungan mencecah usia enam bulan, perasaan gembira ku bertukar menjadi gundah gulana, "bagaimana sekiranya aku ditakdirkan akan berpantang sendirian? mungkinkah akan terjadi sesuatu pd anakku? bagaimana aku nanti, kuatkah aku?". Ah! entah kenapa persoalan ini sering bermain difikiranku. Perasaan ini ku pendam sendirian, krn suami selalu mengingatkan agar aku tidak memikirkan perkara yg bukan2. Sehingga pada 21 April 2008, aku dan suami pergi ke Hospital Bersalin Razif utk membuat tempahan awl. Namun hatiku berdebar2 bila kereta memasuki perkarangan hospital itu. Hatiku tertanya2 " kenapa dgn aku ni"? knp aku takut, walhal baru semalam doktor mengatakan bayiku tiada masalah cuma kedudukan bayiku yg melintang. Aku cuba memujuk diriku bahawa ini hanya mainan perasaan.

Namun, Allah itu maha berkuasa dr segalaNya apabila aku dan suami menerima satu berita yg amat mengejutkan di mana doktor mengesahkan jantung bayi ku telah terhenti semasa ujian scan dilakukan. Pada mulanya aku menganggap doktor mungkin tersilap namun apb 2 org doktor pakar mengesahkannya bagaikan batu besar yg menghempap kepala, aku terpana.. nafasku bagaikan terhenti, aku lemah diperbaringan.. Aku menangis semahu-mahunya. Suami, doktor dan jururawat pd ketika itu menyabarkan keadaanku. Aku tiada pilihan lain selain meredhai pemergiaannya.

Pada tanggal 15 Rabiulakhir ( 22 April 2008) , jam 4.55 ptg aku selamat melahirkannya secara normal walaupn bayiku dlm keadaan kaku dan longlai. Pada hr itu jg suami dan ahli keluarganya menguruskan pengebumian jenazah anakku "NUR AISYAH". Aku dan suami telah memilih nama itu bersesuaian dgn wajahnya yg comel dgn rambutnya yg lebat, iras2 wjh ayahnya. Hatiku menangis dan berkata sendirian "Aisyah, kita hanya sempat bersama selama 8 bulan shj, ibu tak sempat memeluk, mencium aisyah sepuas-puasnya.. nnt tunggu ibu dan ayah disyurga ye.." hanya itu yg mampu ku ungkapkan sewaktu ku mengiringi pemergiannya. Aku Pasrah! Aku cuma mengharapkan agar Tuhan akan memberikan aku kesabaran pada ketika itu.

Hari2 ku lalui dgn penuh kesedihan. Namun suami, ahli keluargaku, keluarga mentua dan kwan2 banyak memberikan ku semangat dan kekuatan. "Terima kasih semua".. tnp mereka mana mampu ku menerima kenyataan ini dgn hati yg tenang. Kini setahun sudah berlalu, namun kenangan manis bersama arwah ankku masih segar dlm ingatanku.. ku merasakan seolah2 ia masih berada dekat dgnku.. Aisyah, doakan kesejahteraan ibu dan ayh ye.. itulah kata2 yg sering ku ungkapkan bila terkenangkannya. Bila ku sedari, perasaan gundah gulana yg kurasai selama ini rupa2nya adalah petanda bhw aku akan kehilangan zuriat ku sekali lg.

Ini Inilah kisahku dan suami, mana mungkin kita dapat menolak takdir yg telah ditentukan, kita harus terima kenyataan dgn redha. Walaupun sehingga kini kami masih belum dikurniakan cahayamata lg, kami tetap terus berusaha dan berdoa agar Tuhan akan memberikan kami zuriat yg soleh dan solehah satu hari nanti. aminnn.. Ibu dan ayah SaYang "Ecah.." mmmuahh!!!

No comments:

Post a Comment