Monday, September 7, 2009

Inspirasi Berbuka Puasa...

Buat pertama kalinya aku memuatkan resepi dlm entry ni. Tetiba aku rasa mcm nak kongsi resepi istimewa keluarga aku dgn korang semua. Utk pengetahuan korang, aku pun tak past lg nak masak resepi ni. Hehe... only my mum je yg pandai. So, kpd yg suka memasak.. blh la try masak and klu menjadi jgn lupa bg tau ye...

Mee Marry Istimewa

Bahan-bahan utama :

1kg mee basah - basuh dan dicelur
1/2 kg udang basah

Bahan-bahan utk kuah :

1 bungkus rempah kari - (dibancuh dengan secawan air)
1 bungkus kecil bijan - (goreng tanpa minyak dan ditumbuk)
20 keping biskut marry - (dikisar atau ditumbuk halus)
1 cawan kacang tanah - (dikisar atau ditumbuk halus)
3 biji kentang - ( direbus dan dilenyek)
1 cawan sos cili
1/2 cawan kicap manis
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping asam keping
2 sudu besar minyak utk menumis
air mengikut citarasa
gula+garam+serbuk perasa mengikut suka

Bahan sampingan( hiasan )

taugeh - celur dan toskan
sawi -celur dan toskan
hirisan cili merah
telur rebus dibelah dua
hirisan kentang rebus
hirisan tauhu goreng
bawang goreng
hirisan daun sup dan bawang

Cara-cara membuatnya :

1. Masukkan minyak dan tumiskan bawang merah+ putih+halia yg telah ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari sehingga mendidih dan masukkan air mengikut suka.
3. Masukkan biskut marry + kentang + bijan + kacang tanah dan kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan pula asam keping + kicap + sos cili + gula + garam + sebuk perasa dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan udang basah dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan mee ke dlm pinggan dan letakkan bahan-bahan sampingan. Akhir sekali tuangkan kuah mengikut suka. Sedia utk dihidangkan.

- Selamat Mencuba -

Sunday, September 6, 2009

Berbuka Puasa

Assalamualaikum...

Puase ker? hehe... buat2 tanya la plk, of course la kan.. Kpd yg selalu mengikuti perkembangan blog ni, aku mintak maaf bnyk2 sbb takde story2 baru dlm entry nih. hehe... nak buat camane, bulan2 pose ni aku mcm dilanda keletihan, kekontangan idea, and rs mcm nak tido je.. haha!!! ni la tabiat buruk yg tak sepatutnye dicontohi. Kpd yg mmpunyai tabiat yg sama marilah kita sm2 membanteras sikap buruk nih. hehe.. (Insaf la wahai saadah, buat2 la amal kebajikan dibulan yg pehuh rahmat nih... )

Tup! tap! tup! tap!.. hari ni dh masuk hari ke enam belas kita berpuasa, skrg ni masing2 dh sibuk nak buat persiapan menyambut 1 syawal. Mana2 shopping mall dh dibanjiri dgn manusia2 yg tak sabr2 nak berhari raya, termasuk la org yg menulis ni, kalu boleh mcm sume baju dia nak borong, insaf la saadah kau tu bkn bnyak sangat duit. Hikhikhik... So, hari ni aku mengambil keputusan utk melepak je kat rmh drpd bersesak2 diluar sana.

Semalam aku berbuka pose dirumah nenek wahid ditanjung karang.. wah sedap giler menu2 yg ada, dan yg paling best sup tulang mcik dia. wlpn aku tak suka sup tulang tp klu mcik dia yg buat aku takkan menolak punye sbb aku rs byk2 sup, sup dia tak rs lembu. Aik! mcm pelik je bunyinye, korng fikir la sendiri.. hehe... Tp aku tak sempat la nak pic sup istimewa tu. Sekadar dpt bercerita je.

Ha! gambar2 kat bawah ni plk, aku pic ms berbuka pose dikampung kesayaanganku di Parit 2 Timur, Sungai besar bersama semua ahli keluarga pd hujung minggu lalu. Biasa la kalau dah semua blik menu yg dihidangkan pastinya berbagai2 mengikut citarasa masing2. Klu air tu kdang2 sampi 3-4 jenis.. kuih plk bermcm2 tp yg paling tak miss adalh murtabak, popia basah.. Biasanya kuih muih ni ktorg beli je kat bazaar ramadhan. Tp lain plk ngan mak, org sibuk membeli juadah dia tetap memsak lauk pauknye yg berjenis2 tu dirumah. Kadang2 tu pkl 4 mak dah masuk dapur mask itu dan ini, bukan ape katanye, cpt siap cpt la dia berehat.. mak mmg rajin tp anknye, hehe... korang pikir la sendiri..


Gelagat2 menanti waktu berbuka puase, ada yg dah duduk mengadap hidangan, mungkin dah tak sabar kot! hehe.. menonton tv, terbaring lesu, lagi2 yg memakai t-shirt putih.. tempat parking dia utk membulat bila balik kampung.

Antara menu2 yg terhidang masa tu, emmm.. yg paling best sambal udang petai. Masak lemak kuning ikan jenahak, cencaru goreng and kerabu mangga. wow! sangat delicious bila ingat balik. ahaks!!!

Masa yg dinanti2kan, berbuka puasa. Ha! korang tengok la bersimpang-siur tangan masing2, semua benda nak dicapai. hehe... masing2 sabo ye!!! tak lari lauk dikejar...

Berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli keluarga memang menyeronokkan, disamping dapat mengeratkan silaturrahim. Lebih2 lagi melihat gelagat sikecil berbuka puasa mcm2 karenahnye. Pastinya org yg paling gembira ms tu adalah kedua org tua kita. So, kpd yg belum sempat berbuka pose bersama kedua org tua dan ahli keluarga jgn lpskan peluang keemasan ini, setahun hanya sekali..

Thursday, August 13, 2009

Annivesary Celebration.. (13 Ogos 2009)

Yesterday...
There was our third annivesary day. Hmmm... genap tiga tahun usia perkahwinan kami. Nampaknye thun ni kami masih celebrate our special daY berdua. hehe... tinggal la cite sedih2 ni, yg penting kami bahagia. Apa yg specialnye? Utk pengetahuan semua setiap tahun kami akan celebrate di tempat pertama aku dan wahid dating. Kat mana errr... Jeng22 " PIZZA HUT DI SHAH ALAM MALL" Haha!! bila ingat balik mmg kelakar.. drpd kawan akhirnya menjadi suami isteri.


Bagaimana kisah aku dan wahid ni bermula? Korang nak tahu ker?... hehe... klu nak tahu boleh la terus kan pembacaan korang dlm n3 nih.Bagaimana aku boleh terdating ngan mamat yg bernama 'WAHID" ni? hehe.. Kisah bermula pada Nov 2005, ms tu bulan pose hari jumaat, esoknye cuti sekolah bermula. si wahid ni mengajak aku keluar berbuka pose bersama tp aku tak nak asalnya, emm.. mcm biasa org pompuan ni kena jual mahal ckit, baru la ada adventure ckit.

Tp si wahid tak putus asa memujuk dan terus memujuk dan akhirnya terkeluar la ayat2 sadis " lps ni cuti cuti panjang, kempunan la aku nak keluar ngan ko" Haha!! aku ni manusia lembut hati tak boleh dgr ayat2 mcm tu. Aku pun mula terfikir, klu la terjadi ape2 kat si wahid ni, kesian pulak kat dia.. nah! ambik kau si saadah dlm delima dan akhirnya, aku pun bersetuju. hambik ko saadah akhirnya cair dgn insan yg bermulut manis nih.. hehe.. nak buat camana itu la permulaan jodoh rupanya.

Maka slps berbuka pose ktorng pun keluar la bersma utk pertama kalinya. Itu la tempatnye.. cite punya cite hinggala ke bab2 yg lebih serius. Aku yg msih ddlm kekecewaan krn cinta putus dtgh jln pd ms tu akhirnya memberi lampu hijau kpd wahid sekiranya dia berani, dtg la kerumh berjumpa org tua dan jika mereka bersetuju dan suka maka dia la calon suamiku... Haha!!! aku pun terkejut juga dgn apa yg aku kata, nak menyesal pun dh tak guna. Rupanya wahid take it seriously..

Dgn gentlemannye wahid dtg ke rumah pd hari raya tersebut. Nak djadikan cite seluruh keluargaku suka dan tak kisah sekiranya wahid serius nk jadikan aku calon isterinya. Ahaks! aku terpana, dan akur walaupun tiada sedikit pun perasaan pdanya ketika itu. Dgn bersaksikan jambatan usang dihadapan rumah aku tu, wahid telah melamar ku dgn ikhlas.. tak terkata masa tu cm tdetik dlm hati, ada jgk org nak lamar aku nih. hehe... Dgn penuh berhemah aku menolak " bg la aku habis kursus dl kalu ada jodoh tak kemana, 1 januari 2006 nanti ko tny aku blik ye".. Tp Jodh pertemuan ditgn Allah, setelah difikir2 mungkin dia adalah jodoh drpada Allah, maka aku pun menerima lamarannya pada tarikh harijadinya 21 dec. 2005. Hmmm.. x sempat tunggu thun dpn sbb aku rs dia mcm ikhlas je terima aku seadanye..

Wah! panjang betul cite kisah pertemuan ni. singkat dan berjalan lancar.. Klu nak cite 2 3 n3 pun tak cukup. Hehe.. Harap2 kebahagiaan perkahwinan ini akan terus berkekalan selamanya hingga akhirnya hayat kami dan dikurniakan cahayamata yg comel2 kelak..

KRONOLOGI KISAH AKU DAN WAHID.

Nov 2005 - first dating
Dec 2005 - terima lamaran
5 Feb 2006 - hari pertunangan aku dan wahid
13 Ogos 2006 - Hari pernikahan
19 Ogos 2006 - Hari persandingan
20 Ogos 2006 - majlis menyambut menantu
Nov 2006 - Aku mengalami keguguran zuriat sulung kami
Okt 2007 - Aku disahkan mengandung sekali lagi.
21 April 2008 - Kandunganku disahkan meninggal dunia, sekali lagi aku kehilangan..
22 April 2008 - Aku melahirkan Nur Aisyah yg telah meninggal dunia..c
Jan 2009 - Wahid dap kursus KDP 14 minggu. Tercapai jgk hasratnye nak menymbung
pelajaran.
Sep 2009 - ??? Mungkin kete impian ktorng akan keluar.. haha!!! hrp2 la.. moga 2 dpt menghilangkan
rs kesedihan setelah bermcm peristiwa suka duka yg kami lalui.

Inilah the latest picture from us.. drpd sebeso jari manis, skrg ni dah jd ibu jari. hah! ambik kau saadah berat dah berlebihan, nak buat cmane berjangkit dgn org sebelah. hehe... wahid plk drpd sebeso ibu jari, dah jd beso penumbuk. haha!ha!!

Menu istimewa setiap kali celebrate our annivesary.

Aksi2 candid yg smmngye ktorg mmg suka buat mcm ni, nak hidup bahagia kena sporting, understanding and happy go lucky wherever we are..

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN DI HARI BAHAGIA
AKU DAN WAHID



Pakaian tradisional masyarakat banjar di Banjarmasin, Kalimantan. Aku g sana ke? xdela, sponsored by My Father's cousin.



Sunday, August 9, 2009

Suratan takdir...

Setelah berminggu2 aku tak updet n3 ni, baru hari ni aku rs free n tenang ckit. Tp ni pun mcm xde mood je nk cite pnjg2 sbb perasaan x brp nak ok juge sbb hati telah dilanda kesedihan kerana pemergian seorang rakan sekerja semalam kerana penyakit jantung berlubang yg dihadapinya. Bila baca n3 adik ipar lg bertambah sedih. Kesian mengenangkan suami dan babynya yg baru lahir dilahirkan lebih kurang 2 bln yg lalu. Lagi menyedihkan dia meninggal dihari annivesarynye yg pertama. Semoga suami dan keluarganya tabah menghadapi suratan dan takdir ilahi ini. Allah lebih menyayanginya, semoga rohnya (Siti Humaira bt Abd Afif) akan dicucuri rahmat olehNya. Al-Fatihah..

Klang Parade... 02 Ogos 2009

Klang Parade? Hikhikhik....

Setelah difikir2kan inilah title yg sesuai utk dimuatkan dlm n3 nih.. rasa x blh berfikir utk tajuk2 yg lebih gempak. Hehe.. bila dh kekontangan idea2 bernas ni, mula la cite2 lama2 yg dah nak basi aku masukkan dlm n3 nih. Tp tak brp nak basi lg laa.. masih segar dlm ingatan. hikihik..

Ni la sebahgian akitiviti2 keluarga yg menyeronokkan. Ktorang membuat perjumpaan di Klang Parade, asalnya nak main bowling je dsbbkan ktorg pegi main terjah je so terpaksa tunggu turn pukul 1 ptg bru ada free. Memandangkan semangat berkobar2 nak main kami mengambil keputusan tunggu je. Ktorg sempt shopping2 dulu, kaklong sempat la membelikan baju raya utk anknya, makyang plk beli kasut Ilyas, sibuk jgk nak kasut baru. H ehe.. aku pun shopping juge, bodek punya bodek dpt la 2 pasang tracksuit and sehelai t-shirt.

Dah shopping satu kLang Parade pun, turn nak main bowling tak sampai2 lagi so ktorg pun plan berkaraoke dulu. hehe.. Boleh test vokal jap.. Ni la di antara penyanyi2 terhebat pd hari itu. hehe.. lagi hebat yg pakai baju biru n tudung hitam tuh.. siap terlentok2 menyanyi.

Yang paling tak tahan abg deen laa.. wah! test vokal betul, siap nyanyi lagu RATUKU utk wife kesayangan dia (kak su). Sudah la mak yang jgn nak perasan.. hihikk.. Wahid yg bersuara gemuk, biasanya tak menghampakan. hehe... jgn perasan banyak2 ye bang.... haha!!! yg kelakarnya si Amin yg berbaju merah hitam tu siap nyanyi jgk.. lagu arab lagi, si isteri disebelah hanya mampu tersenyum melihat sang suami yg menyanyi mcm nak pengsan..


Gambar2 candid yg sempat aku pic ms tu. Tengok le anak2 buah aku tu, siap duduk atas meja lgi, boleh plk dorang ni main "pondok2". Ni la dikatakan budak...

Akhirnya kini pasti.. ktorg dpt jgk melepaskan kemaruk main bowling, hehe...

Antara team2 yg bertanding hari itu..
kak long + amin
wahid + adah
kak su + abg deen
abg idi + kak yati

Aksi2 ganas pemain2 pd ms tu. Amboi kak long, tak berat ke bola tu? siap dipeluk2 la pulakkk..


Gelagat ank2 buah yg sedang kebosanan melihat org tuanye bermain tak ingat ank dah, pandai2 la korang jaga diri... tu yg ada peluk monitor la, jaga bola bowling la, last2 yg kelakarnye, 2 org ank buah aku boleh terlepas n jatuh kat lane.. ishh2 kesian betul la aku kat diorng.. punya la asyik mak ayah diorng nih...


Gambar candid setelah penat bermain, perut pun dh kriok2 minta diisi maka ktorng pun mamam la dulu before we all went back. Almost tired but happy and enjoying ourselves. Who is the winners?? Of course our team, wahid + adah. hehe... actually wahid penyumbang mata terbanyak, aku tumpang sekaki je.. sapu longkang bersih. ahaks!!!!

Tuesday, July 28, 2009

Minggu Ujian Bulanan 3..

Haha!!! time ni paling best, sekolah akan senyap sunyi seperti dilanggar garuda, kerana murid2 yg suka buat bising terpaksa menyeyapkan diri seketika utk memberi ruang otak berfikir bgi mghasilkan jawapan yg bernas. Bernas ke? kadang2 bernas la jugak... hehe.. Tp yg tak bestnye, lps ni kena tanda kertas soalan plk. Makna kata aku akan sibuk mcm tak cukup kaki tangan. Huhuhu... lps tanda, key in markah, pastu masukkan markah dlm buka laporan adab belajo n akhir sekali kena hantar utk pengesahan GB.

Huhu.. Inila rutin seorang guru yg kadang2 tak termampu dek badan tp.. kadang2 menyeronokkan juga. Nak tahu kenapa ? Ha! sebahagiannya, dpt melihat gelagat murid2 kita menjawab soalan, heh.. tengok la gambar kat bawah ni, ada yg khusyuk smpai tak toleh kiri kanan, ada yg tersengih2 mcm kurng busuk, ada plk tu menjwb sampai tertido2, aku pun tak pasti smd dia dpt jwab ataupun tidak.



Asyik cite psl murid kite je, cikgunye plk buat ape erk? Hehe.. biasa la time2 ni la nak relaxkan diri, takpayah terpekik terlolong nak mengajar cuma goyang2 kaki je, jln2 tengok budak2 menjawab soalan mna la tahu ms tu ada yg tak difahami blh bg tunjuk ajar ckit. hehe.. pastu dah penat meronda, main handphone la plk, ni yg terambik gambo diorg ni. hehe... yela masa sejam, apalgi nak buat, dok saja takut tertido la plk...

Klu nak tahu ni la kelas bwh jajahan aku, masak dorg dgn guru kelas yg suka membebel nih. hehe... mau tak membebel, mcm2 peragai dlm kelas ni. 21 boys and 19 girls. huh! penat beb jaga diorg ni, lgi2 nak train rajin menjaga kebersihan, punya la susah.. tp dek kerana hasil usaha, nampk la kerajinan diorg ckit sejak 2 menjak nih. Hehehe... apa pun teacher syg la kat korang semua nih!!!, Rajin2 la belaja erk, bila beso nnt blh tunjuk ajar plk.. Cikgu dah pencen kot ms tu. hikhikk..

Wahid dan Otai...

Ketika aku dan wahid berjalan2 di Jusco BuKit Raja, tiba2 aku nampak ramai org dok berkumpul kat ruang legar kat situ. Aku ngan wahid pun turut la menyibukkan diri, ohhhh... rupa2nye Otai Rock 1 Malaya "AMY SEARCH" ada kat situ tgh buat promosi konsert DI AWAN BIRU. Aku tak la berapa nak teruja tp org kat sebelah aku ni, mcm cacing kepanasan. Wah2!!! dh jumpa idolanye tak ingat aku kat sebelah terus pegi jumpa amy n bersalaman. Pastu siap nak bgambo lagi, ikutkan tak blh bergambar sesuka hati kena la beli tiket dulu tp dek kerana teruja sesangat dia tak peduli. Hehehe... Aku pun layan je la karenah dia tu, ha.. dpt la bbrp pic utk kenangan2, tkut ralat macm mama si iris plk ( terkilan tak dpt bergmbo ngan ct nurhaliza ). hehe...

Apa persamaan Amy dan Wahid?
Persamaan :
- sama2 botak
- dua2 mcm bodyguard. hehe... tp yg beso ckit tu, nmpak je macho tp kucing pun takut daa..

Wednesday, July 22, 2009

Hari Kecergasan 2009 Peringkat Sekolah

Untuk pengetahuan semua, aktiviti ini di adakan pada setiap tahun utk memberi kesedaran pada guru2 dan murid2 pentingnya menjaga kesihatan. Ini la aktiviti yg kami para guru sentiasa nanti2kan utk mereleasekan tension yg sememangnya tension2 je memanjang kerana mengadap karenah murid2 yg mcm rojak buah, mcm2 ada... hehe... dan yg paling best atvt pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditangguhkan. So, tak perlulah guru2 curi2 tulang utk merehatkan diri. ada ke yg buat camtu?? Hehe.. entah la tepuk dada tanya selera. Antara aktiviti yg dijalankan ialah senamrobik beramai2, tarian poco2, ceramah dan tayangan video. Ni la sebahagian gambar yg dpat aku pic utk tatapan halwa mata hari ini.

Dalam pada sibuk bersenamrobik aku and kekawan aku ni sempat jgk la berpossing.
Jgn tak tahu dorg ni hebat jgk...


Sebahagian guru dan murid2 slpas menari poco2. Yg kelakarnya murid2 ni tak senam pun sibuk tengok cikgu2nye bersenam dan menari dgn penuh semangat. Hehe.. ni la sifat semulajadi guru, sentiasa bersemangat walau apa jua keadaan. Cayala cikgu!!!!


Ini merupakan aktiviti terakhir utk hari kecergasan : "ceramah" time ni ramai cikgu2 dah flat dek kerana kepenatan termasuk la yg menulis blog nih, boleh plk pegi kantin membelasah roti canai and air milo. Hehe... betul2 pengamalan cara hidup yg tak sihat. Mau tak lps ni turun sekilo tp naik 2 kilo!!! Insaf la wahai cikgu, kau masih diperlukan, jaga la kesihatan kerana dirimu begitu berharga.....

Monday, July 20, 2009

Birthday present...

Akukah yg terlewat? atau dia...

Hehe... ayat mcm dialog novel je. Actually, aku baru je dpt birthday present ni hari sabtu yg lepas. Emm.. tak sangka jgk wahid nak bagi hadiah ni, agaknye kesian tengok hdphone isterinye kot yela.. org dh tak pakai hphone camtu lg, bagi aku asal blh guna lg, tak kisah laa. Apa pun tq abg.. I love u so muchhh!!!!


Tp... aku lg lewat drpd dia, drpd bulan 12 thun lpas, baru semalam dapat bagi dia.. hehe, mcm useless je isteri ni, sori bang errr... nak bagi yg special kena la ambik masa ckitkan. hehe...


For my lovely husband, I dedicated the special song 4 u :)
thank you for everything...





Wednesday, July 15, 2009

masa itu emas..

hai.. lately ni mcm tak cukup masa je, ada je benda yg nak dibuat, so aktvti2 mngapdet entry nih terpaksa ditangguh utk satu tempoh masa yg agak lama. Sedih juga tp nak buat mcmana ada benda lain yg lebih penting. hhhuhhuuuu.... Nak katanya MASA ITU EMAS. Ni pun aku terpaksa curik2 masa 2-3 minit utk menjengah blog yg nmpak mcm dah tak ceria je. tak kisah la yang penting aku nak hadiahkan korang semua sebuah lagu favourite aku nih. Lagu ni sekadar hiburan je tau.. takde kaitan dgn kehidupan tuan empunya blog ni. Heheee.. aku suka nyanyi lagu ni time karaoke, pastu wahid akan tergelak2.. dia ingat kelakar kot lagu ni, tak tau kite punya la feeling.. bukan ape bila aku dengar lagu ni, akan mengimbau kenangan aku zaman kanak2 ketika berusia 8 tahun, sekitar tahun 1988.. seronok mengingat gelagat aku yg suka menyanyi time tu, nasib baik tak jadi penyanyi je. hehe..

Wednesday, July 1, 2009

The baby who I wanted...

Lama tak apdet tetibe kuar pulak gambar baby2 nih. hehe.. Saja letak gambar2 ni, si kecik ni la yg banyak menghiburkan hati aku ngan wahid. Si comel ni, anak kak su yg kecik sekali, umur setahun lebih. Nama penuh Ilyas. Klu lama tak jumpa dia ni, rasa rindu ngan gelagatnye yg melucukan. Aku pic gambar ni masa kat rmah abg di Meru, asyik buat perangai je si 'e-yes' ni, maka aku pun pic muka dia yg tgh t'gelak2 ni. Malula konon, siap2 nak tutup2 muka pulak..

Punya la aku sayang kat dia ni, ms tgh sakit2 nak bersalinkan arwah Aisyah dulu, aku blh buat permintaan nak dukung dia sebelum bersalin.. family tak bagi, tp aku nak jgk mn tau ms tu umur tak panjang.. hehe.. kelakar plk bila ingat balik. Suka pikir bukan2, itu la SAADAH.. klu korang nak tau.. Apa pun maksu n paksu sayang 'e-yes' sangat2.. klu takde si comel ni, pasti sunyi hidup kami berdua.. Terima kasih 'e-yes!



Saturday, June 20, 2009

Happy father's Day...

-Ayahanda tercinta-

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....More about my daddy ; Baik, sabar, sangat tegas dlm mendidik anak2, penyayang, very understanding, kelakar dan seorang yg sangat bertanggungjawab, terima kasih abah atas segalanya.. You are the best father in the world!
Sangat baik hati, walaupun agak pendiam tp seorang yg sangat sporting. Terima kasih abah...
Walaupun panggilan ayah masih belum kedengaran, tp abg tetap ayah kepada anak kita yg telah tiada NUR AISYAH.. Happy father's Day abg..


Lagu ini utk renungan utk kita semua....




Wednesday, June 17, 2009

Family Gathering...

Hai... lama betul tak mengapdet blog nih, rasa rindu plk kat blog kesayangan. Tp ms tak mengizinkan utk meluangkan lebih ms utknya. Ha! tp hari ini aku kembali menyambung penceritaan aku dlm blog ni. walaupun cite aku ni dah nak basi, cikit2 la.. tp aku nak share jgk la utk tatapan u all semua.

Pada hari rabu minggu lps, kak su, kakak aku yg sedikit kecoh tu belanja ktorang adik-beradik, mak n abh makan di restoran muara, tangjung harapan. First time sampai kat situ, best juga.. maka ktorg pun makn seperti setahun tak dpt makanan. hehe... apa pun terima kasih la buat kak su kerana belanja ktorg semua, moga lps ni dmurahkn rezeki lgi n belanja la kami sekali lagi. hehe.. bak kata e'chik "terima kasih kak chu.."


Gambar abah sedang memangku anak kak su yg sememangnya pandai membodek, tu ada la benda yg dibodeknye.. nenek n mak, wah! mak bukan main possing lagi, control ayu gitu.. diorang bertiga ni tak boleh dipisahkan, di mana ada abah, disitu la ada isteri n emaknya.. kena kasi dok dekat2, klu tak payah cite nye nnt.. hehe,,


Sementara menunggu hidangan tak sampai2, ktorang adik-beradik pun sempat berpossing jgk. hehe.. possing jgn tak possing.



Sebahagian daripada menu ktorng mlm tu, sebahgian lg aku takdan nak ambik gambar dah kena ngap! yummy!yummy...! ada sotong bakar, ketam bakar, ikan bakar, siakap stim dan mcm2 ada... tp yg paling best aku suka udang goreng tepung. sedap giler smpi teringat2 lagi nih.

Bergambar bersama, adalah agenda terakhir ktorg pd malam tu, dgn angin pantai yg sepoi2 bhs ktorng mengabadikan kenangan, dtambah plk gelagat2 ank2 buah yg tak reti dok diam. Pastinya kenangan yg terindah buat kami sekeluarga.

Sebahagian drpd pemandangan di restoran muara. Tempat memilih ikan, ketam, sotong yg segar2... bayangkan punya la teruja, rsa mcm nak ambik semua je..

Aksi2 aku ngan wahid melantak, tengok je la gaya wahid makan tak toleh kiri-kanan, kt snap gambar pun tak perasan. hehe.... mau taknye org tak habis je, dia la yg kasi licin.

gelagat anak2 buah berpossing. Si baju kuning tu, siap request kt paksunye lagi, " paksu, ambik la gambar uda, mcm ni..." hehe..

Diakhir penceritaan aku ni, aku berharap semoga kasih-sayang keluarga ini akan berkekalan dan bahagia selamanya. Amin... sbg mengakhirinya, buat family kesayangan aku ni, terima la pantun 2 kerat aku nih.. " handbag bonia dan kasut sembonia, aku sayang kat korang semua.." hehe.. mcm tak kena je. sebenarnya aku saje letak bonia2 ni, nak myakat kak long yg baru je beli beg bonia baru tempohari. Agak2 dah bosan, bg je la beg tu kat adik bongsu ni.. Ahaks!


Monday, June 8, 2009

Tribute to...

AMIN DAN SOFIA





Inilah majlis persandingan antara AMIN DAN SOFIA pada hari sabtu yg lepas di rumah pengantin perempuan. Memandangkan diorang takde kompang pengantin masa tu, ha! ni aku tribute utk mereka berdua. seronok tak??? Amboi!!! bukan main lagi si pengantin lelaki tuh, ala2 arab gitu. hehe... katanya teringin nak pakai pakaian pengantin arab. Tp nampak manis jgk dgn pakaian tu kan? lain dr yg lain...


Sebahagian drpd gmbr2 pengiring yg sangat setia. Tengok je la gelagat k'long n anak2 sempat jgk mengabadikan kenangan. Insan2 yg berjubah puti tu adalah kekwn2 amin.. ktorg gelar diorang "flower boys". Hik!hek!heheh.. jgn mare arr..

Lagu ni utk Amin dan Sofia, moga korang berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Mana yg dh berumahtangga tu, blh la tumpang sekaki mengimbau kenangan lalu. Yg mana blm sampai seru lg, berangan2 la yee.. mana tau jap lg korang plk. hehehe...........



Friday, June 5, 2009

Port Dickson! Kini ku kembali...

Salah satu agenda yg drncang. Aku n family wahid g bercuti di Port Dickson, Nogori 9. Kami telah memilih GLORY BEACH RESORT sbg tempat penginapan. Emmm.. best la jugak, harga pun berpatutan. Cuma yg tak bestnye, adik ipar aku yg cute tu "YATI" tak dpt pegi krn masih berkursus di Johor. Klu ada dia pasti gamat suasana. Hehe.. takpe la ti, hujung thun ni kta layan BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT pulak. tUNGGU...

Ni la sebahagian aktiviti ktorag ms kat sana. Korang layan jela gambar yg aku download ni erk! gambar atas tu, aku ngan wahid sempat berpossing depan rmh family wahid sblm bertolak ke pd. Saja buat2 poyo. hehe...

Sebahagian drpd pemandangan di Glory Beach Resort. Kami dok tingkat paling atas, gayat giler tp best wooo...

Aksi2 dua beradik yg gila main game. Blh dikatakan setiap ms dan saat dorg dok lyn ps2,
asal kat bilik je, main game dan akan tergelak2 sakan yg aku pun tak faham.
Apa yg lucunye? entah...

Gelagat menunggu makanan di sebuah warung. Hehe.. tengok la Embah (yg bermaksud nenek) wahid nampk bosan jer.. tunggu makanan tak sampai2. Sabo ye embah..


Aktivit yg paling best, main "BOWLING".. akhirnya pujukan aku kat wahid berhasil. Hehe.. dah lama giler tak main, lps gian jap.. ktorng layan 2 game je. lagi best aku dpt mengalahkan WAHID. Haha.. jgn tak caya, mak mentua aku pun main sekali. caya la mak! Ibu yg paling sporting..

Terkini dan sensasi..

Knp aku download gambar ni erk? Hehe.. saje je, ni la the latest picture from us. Yg dok sblh tu ala2 bodyguard gitu. Hehe... jgn mrh abg... ;) Org yg nak nikah, kami plk sibuk nak mengabadikan kenangan. Yg lucunye, ms bwk pengantin nikah ahd lps, ada la sorang m'cik pengantin tu tanya kat aku, " ni pengantin baru ke? aik! Pesal m'cik tu tny gitu. Terkojut jgk le sambil tersenyum2.. aku pn jwb le utk tak menghampakan.. " tak la m'cik, ni PENGANTIN LAMA" AHAKS!

Ha! aku paling suko ngan gamba ni arr.. ktorng possing maut mcm kumpulan panca sitara. ketuo eer, omak den la yg pakai baju hijau bertudung hitam.. pastu si kecik 2 org tu dtg nyibuk2 je kcu ibu n mama nak berpossing je.

Sabona err... ni la org yg di rai.. yg atas tadi dok menyibuk2 je. Hehee.. apa pun
"SELAMAT PENGANTIN BARU AMIN DAN SOFIA, moga bahagia selamanya"
amboi si AMIN siap menjeling isteri gitu, sabo ye.. tak lari SOFIA dikejar. Ha!ha!ha!

Friday, May 29, 2009

Cuti sekolah bermula...

Yes! Yes! Yes! Inilah saat2 yg dinantikan oleh guru2 di M'sia. hehe.. boleh enjoy! Esok bermula la agenda2 waktu cuti yg telah dirancang, terpaksa rancang dan kadang2 tak dirancang.

Agenda yg dirancang :
-Balik kampung Sg.Besar. O.. yg ini adalah agenda WAJIB yg tak boleh mis bila tiba cuti sekolah
-Bercuti di POrt Dikson bersama keluarga wahid. 2-4 Jun di glory beach resort. Yg pastinye best utk mencuci mata ditepi pantai bersma desiran ombak dan angin yg sepoi2 bahasa gitu.. akan terjadilah.. "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian.." Hehe..

Agenda terpaksa rancang :
-Membawa anak angkat m'cik nikah pd 31 mei ni disg jejawi, Perak.
-Pada 7 jun pula membawa pengantin utk mjlis persandingan.
-Pada minggu akhir cuti 14 jun pula, majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah m'cik di Meru,Klang.

emm.. penuh agenda setiap hujung minggu tp nak buat camne, kesian juga kat ank angkat m'cik tu sbb dia tiada keluarga disini (asal Mekah, Arab Saudi) so ktorang la yg bertgjwab utk menguruskan perkahwinannya. lagipun ktorg dah kenal lama, dah mcm sebahagian drpd ahli keluarga. Membantu org mendirikan masjid nih, beso pahalanye.. So, Org2 diluar sana, bantu2 la insan2 yg belum mendirikan masjidnye.. hehe..

Agenda yg tak dirancang :
Tunggu.... nama pun agenda yg tak dirancang so tak tau la apa yg akan berlaku.. Biasanye ini la yg paling byk trjadi. Hehee....

Sebelum mengakhiri penceritaan aku nih, ini ada sebuah lagu yg aku dan wahid suka dengar sejak 2 menjak nih. Asal naik kete je, pasti ktorg tertunggu2 la ni. hehe.. aku suka dgr melodi nye yg indah dan simple. Yg mana suka dgr lagu ni, blh la tumpang sekaki.. Lagu ape erk? ni la lagunye...

Friday, May 22, 2009

Kesibukan dtg lagi daa..

Apa kabo? lama tak dgr cite korang, korang rindu aku tak? hehehe..soaln mcm poyo je kan? mesti semua cbuk dgn keje2 yg tak habis2kan? mcm tu jgk le ngan aku. Skrg ni plk dah cbuk dgn aktvt2 menanda kertas pep. p'tghan tahun, Ehemmm... nila aktvt yg aku paling tak suka sbenarnya, menanda kertas yg berbagai2 jwpan. Tp aku suka jg klu dtg musim2 ujian bulanan @ exam ni sbb sekolah akan senyap spt dilanda garuda dan c'gu hny perlu goyang2 kaki msuk ke kelas tnp memikrkan aktvt pengajaran, selain menjga kelas smpi rs nak tetido..

Sori err.. kekwn aku x dpt cite pnjg2, nnt tak siap aktvt menanda aku tuh. Sbg pengakhiri penceritaan diptg yg singkat ini, aku nak tujukan lagu dibwh ni kpd kekwan dan pengunjung setia blog nih. ada ke? harp2 ada laa.. hehe.. Klu korang nak tau, nila lagu favourite aku, mcm pelik je kan? actually, aku ni adalah peminat lagu2 RETRO.. (yg tak brp minat harp2 dpt bersabar ye..) aku selalu suruh wahid nyanyi lagu ni bila pegi karoake.. suara DIA blh tahan jgk laaa.. sbb tu la syg kat dia. hehe..




Saturday, May 16, 2009

16 Mei.. hAri Yg PenuH MaKnA


Kepada semua ahli keluarga dan teman2 yg bergelar s'org guru, semoga kita akan menjadi seorang guruyg cemerlang, gemilang dan terbilang di mata anak2 didik kita..

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

nukilan
USMAN AWANG1979









Saturday, May 9, 2009

Happy Mother's Day

for my lovely mother
"i love u so much,
Thanks 4 everything ,"

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


Ibu tersayang :Hjh Ramlah bt Adol (sebelah kanan)
ayat2 mak yg mengharukan :
" mak xde harta, korang ni la harta2 mak ".
huhuuu..
bila teringat kata2nya, aku pastikan akan buat yg terbaik utknya.


selamat hari ibu juga buat nenek tercinta ; Hjh Janiah bt Dohamid (sblh kiri)


My lovely mother in-law : Pn Siti Zaidah bt Hj Ehsan. ( Tiga dari kiri )
kata2 ibu mentua yg mengharukan spnjg mjd menantunye :
" terima kasih, temankan mak.."
sambil memelukku.. Sadisnye, nasib baik aku kuat ms tu, klu tak aku pasti leleh airmata..


Selamat Hari Ibu juga buat kakak2 tercinta,
"jdla ibu yg terbaik seperti ibu KITA"


K'su : Suhaila
"nak ahu.. bila demam anak sulungnya pasti nak berdokong je dan lentok ke bahu. inilah pengorbanan s'org ibu..

My sister in-law : K'Yati
"ibu..." panggilan anak2nye.. menatang mereka bagai minyak yg penuh..
inilah sifat s'org ibu yg tiada bandingannya..

Kak Long : Puan Raha Laili
Berjiwa tabah, sabar mengharungi kehidupan bertiga bersama anak2 tercinta.
Mendidik anak yg brmcm karenah mmg sukar tp itulah hakikatnya mjd IBU.. sanggup berkorban jiwa dan raga.
moga anak2 akan berjaya suatu hari nanti.
mama....


"Selamat hari ibu"
juga buat kekawan di luar sana yg telah bergelar "IBU"